Perak Festival of Ideas (PFOI) adalah aspirasi daripada Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir untuk mempromosikan Perak sebagai negeri yang berasaskan pengetahuan. Ia adalah festival yang memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam melontarkan idea-idea unik dan menarik untuk negeri Perak.