Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal korek baru yang terakhir dibina di Malaysia ialah pada tahun 1985. Untuk makluman anda, kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70 tahun usianya. Kapal korek tidak dibina sepertimana kapal laut atau bot besar dan hanya terapung diatas air dengan menggunakan beberapa buah pontun yang digabungkan menjadi satu ketika pemasangan. Keadaan air lombong tidak memungkinkan kapal korek untuk dipasang dengan bebaling seperti mana kapal di laut.
bermula
Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak
Kisah Tok Kaduk bukan lagi satu kisah yang asing buat penduduk di sekitar Mukim Lambor dan Bota di bahagian Perak Tengah. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi dan dipercayai, sehingga ke hari ini masih ada lagi yang mematuhi pantang larang tersebut kerana hendak mengelak daripada terkena sumpahan yang dibuat oleh Tok Kaduk terhadap keturunannya.