Kisah 3 Mangsa Dibunuh Kejam Pada 2009 Di Taman Pinji Seni, Ipoh

Sekitar tahun 2009 telah berlaku satu pembunuhan yang kejam dimana ia telah meragut tiga nyawa termasuk seorang ibu dan anak beserta pembantu rumahnya. Dalam hal kejadian malang ini nampaknya sesuai untuk diberi gambaran kepada masyarakat hari ini tentang perlakuan jenayah yang langsung tidak diduga.

Kita semua haruslah beringat bahawa perkara buruk yang menimpa 3 mangsa ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekiranya tidak ada langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mencegah ia daripada terjadi. Semua pihak yang terlibat harus sama-sama berganding bahu untuk mengawal keadaan yang boleh menjerumus apa jua faktor ke arah perkara seperti ini.

Kisah 3 Mangsa Dibunuh Kejam Pada 2009 Di Taman Pinji Seni, Ipoh

Berbalik kepada kisah pembunuhan 3 mangsa yang sangat tragis pada 2009 yang lalu telah berlaku di Taman Pinji Seni, Ipoh. Kejadian ini telah berlaku pada 20 Mei 2009 dan ianya berlaku pada siang hari di kawasan perumahan. Hal berkenaan telah menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.

Lebih tragis dan menyedihkan lagi apabila sewaktu kejadian berlaku, mangsa iaitu Wan Yah Mat Zi dikatakan sedang berbual melalui telefon dengan suaminya iaitu Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya yang berumur 5 tahun. Tiba-tiba si suami terdengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditikam berkali-kali oleh pembunuh tersebut.

Kisah 3 Mangsa Dibunuh Kejam Pada 2009 Di Taman Pinji Seni, Ipoh

Tidak dapat dibayangkan apalah perasaan si suami yang telah terdengar jeritan yang sudah pasti tidak akan lupa selama-lamanya. Wan Yah Mat Zi ditemui berlumuran darah di ruang tamu manakala mayat anaknya, Muhammad Erminndanish Jafri dan pembantu rumah Dani Miasih ditemui mati dalam bilik mandi.

Seorang suspek berjaya ditahan oleh jiran mereka iaitu Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Suspek tersebut adalah seorang lelaki yang dipercayai berada dibawah pengaruh dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Namun untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, suspek tersebut telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2011 selepas 2 tahun kes tersebut berlalu apabila pihak pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya selain tiada bukti yang mencukupi.

Kisah 3 Mangsa Dibunuh Kejam Pada 2009 Di Taman Pinji Seni, Ipoh

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman, sebenarnya terdapat keraguan munasabah untuk mensabitkan tertuduh dalam kes tersebut, selain tiada saksi bebas yang dikemukakan pihak pendakwaan. Mahkamah juga turut mengesan wujud percanggahan di atas keterangan yang diberi saksi termasuk suami dan rakan mangsa. Jika mengambil kira kes-kes baru yang hampir setiap hari disiarkan media, tidak dinafikan bahawa jenayah bunuh menjadi sebahagian kebimbangan masyarakat Malaysia.

Namun menurut laporan kosmo di artikel bertajuk Lebih 500 kes bunuh setahun, statistik menunjukkan sepanjang tahun lalu sebanyak 511 kes bunuh dicatatkan berbanding tahun sebelumnya iaitu 561 kes dan 597 kes bagi tahun 2009 sekali gus menyaksikan penurunan tiga tahun berturut-turut.

Kisah 3 Mangsa Dibunuh Kejam Pada 2009 Di Taman Pinji Seni, Ipoh

Kita semua hendaklah sentiasa berwaspada kerana penjenayah yang berada dalam keadaan terdesak akan sentiasa bijak mengintai dan mencari peluang untuk mendapatkan habuan. Dalam keadaan mereka yang amat terdesak lebih-lebih lagi di bawah pengaruh dadah, seorang penjenayah akan bertindak apa sahaja, hatta membunuh.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here