Senarai Menteri Besar Perak Sejak 1948

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.

Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz

1. Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu pembesar Perak empat. Beliau adalah dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi

2. Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi dilahirkan pada 26 Disember 1924 di Kampung Bukit Nangka, Lenggong, Perak. Mohamed Ghazali bin Jawi pernah menjadi Menteri Besar Perak sejak dari 1 Ogos 1957 hingga 16 April 1960 dan sekali lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak buat kali ke 2 pada 4 September 1974 hingga 1 Oktober 1977. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pertanian Malaysia pada tahun 1970 sehingga tahun 1974.

Dato’ Seri Haji Shaari Bin Shafie

3. Dato’ Seri Haji Shaari Bin Shafie dilahirkan pada 12 Disember 1912 di Bagan Serai, Perak. Sewaktu berusia tiga bulan, ibu bapa beliau telah bercerai dan beliau dibawa tinggal bersama ibunya. Berkat didikan bapa tirinya Abu Syahid, beliau menjadi seorang yang gemar membaca. Sewaktu berusia sembilan tahun, bapa tiri beliau telah memasukkan beliau ke Sekolah Kebangsaan Clifford di Kuala Kangsar untuk menerima pelajaran asas terutama bahasa Inggeris. Kemudian beliau juga belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Dato’ Seri Haji Shaari Shafie pernah menjadi Menteri Besar Perak ke-2 dari 16 April 1960 hingga 7 Mei 1964.

Dato’ Seri Ahmad Said

4. Dato’ Seri Ahmad Said dilahirkan pada 1 Januari 1919 di Kampung Masjid, Lenggong , Perak. Ibu beliau bernama Khadijah binti Awang Kecil dan bapanya pula bernama Said bin Abdullah. Beliau bersekolah di Sekolah Arab, Kampung Geluk dan Sekolah Melayu Lenggong hingga tamat darjah enam. Beliau pernah bekerja sabagai pemandu di syarikat KED dari tahun 1939 hingga tahun 1941. Dato’ Seri Ahmad Said telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke 4 pada 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970.

Dato' Seri Haji Kamaruddin bin Mohd Isa

5. Dato’ Seri Haji Kamaruddin bin Mohd Isa yang dilahirpada pada tahun 1930 diangkat menjadi Menteri Besar Perak pada 18 Mac 1970 sehingga 4 September 1974 .Kamaruddin bin Mohd Isa dilahirkan di Kampung Batu 16, Batu Kurau, Perak. Pada asalnya, beliau adalah seorang guru di Kampung Perak dan kemudian di Batu Kurau. Beliau juga aktif dalam persatuan belia dan kesatuan sekerja dan mula giat dalam politik sejak pada tahun 1953.

Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi

6. Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi kembali menjadi menteri besar Perak yang ke 6. Setelah mendengar nasihat Ishak Tadin, akhirnya Sultan setuju melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak kali kedua pada 4 September 1974. Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.Pada tahun 1976, Sultan mahu janji 2 tahun ditunaikan. Tetapi Ghazali Jawi terus memegang jawatan Menteri Besar Perak sehingga 1977. Sultan enggan menandatangani sebarang keputusan mesyuarat Exco negeri Perak.Rancangan pembangunan tanah di Perak tergendala beberapa ketika sedangkan urusan tanah melibatkan kerajaan negeri. Akibat dari tindakan tersebut, Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi menteri besar.

Dato Seri Haji Wan Mohamed bin Wan Teh

7. Dato Seri Haji Wan Mohamed bin Wan Teh menjadi Menteri Besar Perak yang ke 7 pada 1 Oktober 1977 hingga 1 Mac 1983. Wan Mohamed bin Wan Teh dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Ulu Kenderong, Gerik. Ibunya bernama Hajah Kalsom manakala bapanya Haji Wan Teh merupakan seorang penghulu yang terkenal di Kampung Kerunai yang terletak 12 km di ulu Grik.

Tan Sri Dato' Seri Diraja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib

8. Tan Sri Dato’ Seri Diraja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib merupakan bekas Menteri Besar Perak pada tahun 1983 hingga 1999 dan juga bekas Speaker Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1941 di Pasir Salak, Perak dan merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik.

Tan Sri Dato' Seri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali

9. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali dilahirkan pada 6 November 1944 dan merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 sehingga 10 Mac 2008. Beliau dilahirkan di Lenggong dan merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi yang juga merupakan seorang bekas Menteri Besar Perak yang ke 2 dan juga yang ke 6.

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin

10. Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak pada 17 Mac 1957. Beliau adalah menteri besar Perak yang ke 10 pada 17 Mac 2008 hingga 12 Mei 2009. Bapanya berketurunan Melayu sementara ibunya pula berbangsa Cina. Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England. Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England. Beliau dikatakan mempunyai kebolehan bertutur dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir

11. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, sebuah pulau nelayan di negeri Perak. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11 pada 12 Mei 2009 sehingga 2018. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan dan Menengah di Pulau Pangkor sebelum meneruskan pengajian peringkat Menengah atas di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar yang terletak di tanah besar.

YAB Tuan Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu

12. YAB Tuan Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu menteri besar negeri Perak kini. Artikel ini akan dikemaskini segera. (kemaskini terakhir 4 Ogos 2018)

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here