25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Pasar Malam Ashby Road Tarikan Baru Di Ipoh

- Advertisement -
- Advertisement -

Kawasan yang bertempat di tapak pasar pagi flat Ashby Road yang terletak berhadapan dengan dewan orang ramai Greentown iaitu bersebelahan dengan Surau Al-Hijriah bakal meriah dengan kewujudan pasar malam Ashby Road yang bakal dibuka bermula 7 Mac 2018 ini.

Ianya akan berlangsung setiap hari Rabu bermula seawal jam 3 petang di lokasi yang disebutkan tadi. Nampaknya sudah ramai yang teruja dengan hebahan awal tentang pembukaan pasar malam ini beradasarkan maklumbalas di media sosial laman facebook.

Untuk makluman pembaca orangperak.com, sebanyak 60 tapak niaga yang menjual beraneka jenis jualan seperti makanan dan minuman. Tak lupa juga jualan barangan keperluan dapur kering dan basah. Terdapat pelbagai jenis pakaian dan tudung dijual di sini. Selain itu barang-barang basah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran turut dijual nanti.

Semoga dengan kewujudan pasar malam Ashby Road ini dapat meningkatkan ekonomi peniaga-peniaga kecil lantas secara tidak langsung dapat memberi pilihan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar untuk membeli barang dapur, barang-barang keperluan seperti makanan dan sebagainya.

Pasar Malam Ashby Road Tarikan Baru Di Ipoh

  • Hari : Rabu
  • Dibuka seawal : 3 petang
  • Lokasi : Tapak pasar pagi Flat Ashby Road
  • Akan dibuka pada : 7 Mac 2018

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan pasar malam yang bakal dibuka ini. Pihak penganjur pasar malam ini iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dikatakan akan menjemput tetamu istimewa untuk hadir pada hari pembukaan pasar malam tersebut.

Pasar Malam Ashby Road Tarikan Baru Di Ipoh

Sekadar maklumat untuk anda jika tidak tahu, flat Ashby Road adalah pangsapuri yang berhadapan dengan Greentown Mall. Jalan Ashby Road sekarang dikenali sebagai Jalan Raja Ashman atau pernah dikenali sebagai Jalan Hospital.

Pasar Malam Ashby Road Tarikan Baru Di Ipoh

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi 0111 315 7076 (Urusetia Pasar Malam Ashby Road PUBI Perak)

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here