Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor

Menurut sejarah, terdapat tiga makam Sultan Perak yang berada diluar negeri Perak. Dua makam tersebut berada di Acheh dan satu di Johor. Baru-baru ini wakil orangperak.com telah pergi mengziarahi makam Sultan Perak yang berada di Johor dan turut sama menemubual penjaga makam diraja disana.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Makam Sultan Perak yang dimaksudkan ialah makam Sultan Ismail yang selepas kemangkatan baginda diberi gelaran Marhum Mangkat Di Skudai. Dalam artikel kali ini pembaca akan dibawa untuk memahami kisah hidup Sultan Ismail dan mengapa baginda dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Raja (kemudian Sultan) Ismail merupakan cucu kepada Sultan Perak ke 18 iaitu Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah. Bonda baginda bernama Raja Nandak binti Almarhum Sultan Ahmaddin Shah. Ayahanda baginda bernama Saiyid Shaikh Al-Khairat yang merupakan kerabat diraja Kesultanan Siak.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Mitos Istana Sultan Ismail Dan Sebuah Masjid Di Belanja, Perak

Raja Ismail telah dilantik sebagai Raja Bendahara pada 1857 oleh Sultan Jaafar Muazzam Shah dan kekal dikedudukan tersebut sehingga pemerintahan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah kerana Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Jaafar telah dilantik menjadi Raja Muda melangkaui baginda.

Apabila Sultan Ali mangkat pada 1871, Raja Bendahara Ismail mengikut adat yang sedia ada memangku sementara kerajaan negeri dan menjemput Raja Muda Abdullah yang ketika itu bersemayam di Batak Rabit, supaya berangkat ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu sebelum jenazah Almarhum Sultan Ali boleh dimakamkan.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Dikatakan pada masa tersebut Raja Muda Abdullah berasa risau mengenai keselamatan perjalanan baginda ke Sayong kerana Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad I, yang merupakan seteru takhta baginda telah bersedia untuk menyerang hendap rombongan baginda Raja Abdullah di Senggang.

Pembesar-pembesar negeri telah menunggu selama 40 hari dan akhirnya Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan yang baharu pada 28 Jun 1871 dengan sokongan kuat terutama dari Orang Kaya-Kaya Menteri Larut Ngah Ibrahim yang juga merupakan seteru kepada Raja Abdullah. Setelah upacara pertabalan selesai barulah Almarhum Sultan Ali dimakamkan.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Ketika pemerintahan baginda, perebutan kuasa negeri Perak berterusan dikalangan pembesar dan pewaris takhta. Raja Muda Abdullah dan Raja Yusuf terus merebut tuntutan keatas takhta negeri Perak. Dipercayai ketika perbalahan ini berlansung, Raja Tepus telah dilantik sebagai pemangku Raja Muda.

Raja Muda Abdullah kemudiannya merayu kepada Sir Harry Ord, yang ketika itu merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dan menyatakan bahawa baginda merupakan calon yang sesuai untuk takhta negeri Perak dan pertabalan Sultan Ismail adalah tidak sah dan tidak mengikut adat negeri. Walaupun pada awalnya British berpegang dengan dasar untuk tidak mencampuri hal ehwal orang Melayu, namun nada pihak British berubah apabila Sir Andrew Clarke menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat yang memerintah dari Singapura.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Ini kemudian membawa kepada berlansungnya perbicangan di Pulau Pangkor diantara Sir Andrew Clarke, Raja Muda Abdullah dan kebanyakkan pembesar-pembesar negera dan berakhir dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Antara terma yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah Sultan Ismail diturunkan dari takhta dan digantikan oleh Raja Muda Abdullah, serta Sultan Ismail yang telah disingkirkan dari jawatan Sultan diberi gelaran sebagai Sultan Muda. Sebagai tambahan, elaun bulanan $1,000 hendaklah dibayar kepada Sultan Muda Ismail oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tempoh diantara tahun 1874 hingga tahun 1875 menyaksikan pelbagai huru hara yang berlaku di Perak dengan perlantikan J.W.W. Birch sebagai Residen British dan kemuncaknya apabila J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak. Tentera British telah dihantar ke Perak dan seterusnya menandakan bahawa Perang Perak telah bermula.

Dato’ Maharaja Lela telah didapati bersalah oleh pihak British dalam komplot pembunuhan Birch. Apabila Dato’ Maharaja Lela berundur setelah bertempur dengan tentera British yang memburu beliau, Sultan Muda Ismail yang berada di Belanja turut menyertai beliau berundur untuk mengelakkan ditangkap oleh tentera British dan membawa bersama regalia alat-alat kebesaran Negeri Perak.

Baginda melarikan diri daripada tentera British bersama pengikut-pengikut baginda dengan menaiki gajah dari Belanja menuju ke kedah dengan menumbangkan pokok-pokok besar di jalan ke Belanja untuk melengah-lengahkan perjalanan tentera British untuk menangkap baginda.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Dalam pertengahan bulan Januari 1876, Sultan Muda Ismail telah memasuki negeri Kedah bersama para pengikut baginda dan meminta perlindungan daripada Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah. Sultan Kedah serba salah untuk melindungi orang yang diburu oleh pihak British, telah pergi ke Pulau Pinang memberitahu perkara tersebut kepada Lt. Colonel Anson dan baginda telah dinasihatkan supaya membenarkan Sultan Ismail memasuki sempadan Kedah dan kemudian menyerahkan baginda kepadanya di Pulau Pinang.

Pada 17 Mac 1876, Sultan Ismail telah dibawa ke Kuala Kedah dan seterusnya pada 20 Mac 1876 baginda bersama 18 orang pengikutnya dibawa ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Lt. Colonel Anson. Perempuan dan kanak-kanak yang bersama-sama dalam rombongan Sultan Ismail serta 27 ekor gajah semuanya ditinggalkan di Kedah.

Berkenaan dengan penyerahan Sultan Ismail dan pengikutnya itu, Lt. Colonel Anson sendiri telah menulis, “Pada 23 Mac (1876), Raja Ismail telah dibawa ke pejabat saya di Pulau Pinang, dan beliau teah menyerahkan kepada saya segala Alat Kebesaran Kerajaan Negeri Perak. Saya dapati beliau seorang tua yang baik (gentleman) dan menyukakan hati. Saya sangat belas kasihan kepadanya. Oleh sebab Alat Kebesaran itu ada di tangan beliau, itu menunjukkan beliau telah jadi Sultan (Perak) yang sebenarnya. Adalah satu kesilapan besar melantik (Raja) Abdullah yang tak ada apa gunanya itu.” (Haji Buyong bin Adil (1981) Sejarah Perak. Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kuala Lumpur, hlm. 141).

Sultan Ismail serta Alat Kebesaran Kerajaan Perak dan beberapa orang pengikut baginda dengan segera dihantarkan oleh Lt. Colonel Anson ke Singapura dengan kapal perang H.M.S. Ringdove. Ringdove telah sampai di Singapura pada 26 Mac 1876.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Setelah semua Alat Kebesaran itu diserahkan kepada Gabenor William Jervois, pada 27 Mac 1876, baginda telah dihantar ke negeri Johor dan diserahkan di bawah jagaan Maharaja Johor iaitu Maharaja Abu Bakar sementara dijalankan penyiasatan mengenai hal ehwal negeri Perak itu.

Suatu Suruhanjaya Penyiasat dari pihak British berhubung dengan “Perang Perak” telah ditubuhkan pada bulan Jun dan Julai 1876. Akhirnya kerajaan British memutuskan bahawa Sultan Abdullah, Laksamana Muhammad Amin Dato’ Syahbandar Uda Maamor, Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles dan Sultan Ismail dibuang negeri ke Skudai, Johor.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Sultan Muda Ismail mangkat pada 4 September 1889. Baginda kemudiannya dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu telah diberikan gelaran Marhum Mangkat Di Sekudai. Sedikit mengenai Makam Diraja Mahmoodiah ialah sebuah makam di-Raja Johor yang terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Makam tersebut mengandungi dua bahagian iaitu bangunan utamanya yang mempunyai seni bina seperti sebuah masjid menempatkan makam Almarhum Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan & Sultanah-Sultanah Johor Moden yang telah mangkat dan beberapa orang kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Di bahagian perkarangan makam di-Raja pula terdapat kawasan yang mempunyai lingkaran tembok putih yang juga dipanggil Kota Lama atau Lingkaran Dalam yang menempatkan makam kerabat-kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri yang lain. Terdapat 5 orang Sultan Johor termasuk seorang Sultan Perak telah dimakamkan disini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here