23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Pembuat Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Mohamad Zin yang berasal dari Batu 1 Changkat Lobak, Bagan Serai adalah merupakan seorang pembuat parang, pedang, keris dan pisau secara tradisional. Dengan berbekalkan pengalaman selama lebih 25 tahun dan apa yang istimewanya, Mohamad Zin masih mengekalkan cara lama untuk membuat perkasasan tersebut.

Tidak ramai yang punyai kemahiran yang sama seperti Mohamad Zin yang mana rata-rata hari ini pelapis iaitu orang muda tidak lagi berminat untuk menjadikan kerja membuat parang, pedang, keris dan pisau sebagai kerjaya. Hal ini adalah kerana mungkin mereka tidak nampak peluang-peluang yang ada ataupun tidak larat untuk buat kerja berat.

Kemahiran yang ada pada dirinya itu dijadikan sebagai punca pendapatannya. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, beliau turut dibantu oleh isterinya yang bernama Milah Hassan. Pasangan suami isteri ini mengusahakan pembuatan parang dan yang sewaktu dengannya di sebuah bengkel yang dibina di tepi rumah sewa mereka.

Masih Ada Individu Yang Hasilkan Parang Dan Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai

Mohamad Zin menyatakan bahawa minat dan pengalaman yang dimilikinya itu menjadi faktor utama yang mendorong beliau untuk membuka bengkel membuat peralatan tersebut.

Masih Ada Individu Yang Hasilkan Parang Dan Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai

Kemahiran membuat senjata Mohamad Zin sebenarnya adalah diwarisi turun temurun keluarganya sejak dahulu lagi dan beliau berazam untuk mengekalkan kemahiran tersebut kepada pewarisnya nanti.

Masih Ada Individu Yang Hasilkan Parang Dan Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai

Bahan utama dalam membuat parang, pisau dan keris iaitu besi akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber seperti mata besi kelapa sawit yang tidak lagi digunakan dan besi spring yang dijual di kedai sekitar Bagan Serai, Perak.

Masih Ada Individu Yang Hasilkan Parang Dan Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai

Jika hendak membuat hulu parang pula, Mohamad Zin menggunakan kayu pokok ciku, halban atau akasia yang mana ianya mudah untuk didapati di sekitar Beriah dan persekitarannya.

Percaya atau tidak, Mohamad Zin hanya menggunakan kemahiran dan kudrat sendiri untuk membuat parang tanpa banyak menggunakan bantuan mesin atau peralatan moden.

Dengan pembuatan secara tradisional dan kaedah cara lama, hasil yang terbina akan le­bih berkualiti dan berseni. Semua proses sejak dari mula pembuatan sehinggalah ke sentuhan terakhir memerlukan ketelitian untuk menjamin mutu setiap parang atau pisau yang dihasilkan.

Masih Ada Individu Yang Hasilkan Parang Dan Keris Secara Tradisional Di Bagan Serai

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan daripada hasil kerja tangan Mohamad Zin, anda boleh berhubung di talian 017 772 1335 atau berhubung dengan Noorelyana Nooizin di laman media sosial facebook. Semoga masih ramai lagi yang ada minat untuk mempertahankan warisan melayu kita.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here