Satu ketika dahulu, banyak badak yang hidup berkeliaran di merata benua Eropah, Afika dan Asia dan secara khususnya habitat mereka adalah di seluruh savana Afrika dan juga kebanyakan hutan tropika Asia.
Tetapi, pada hari ini hanya sedikit sahaja badak yang hidup di luar taman-taman negara ataupun hutan-hutan simpan yang ada di kebanyakan negara. Badak Raya ataupun lebih dikenali dunia dengan nama Badak Jawa telah diisytiharkan pupus secara keseluruhannya di Vietnam pada tahun 2011.
Sekumpulan kecil Badak Jawa ini masih ada lagi untuk mempertahankan kewujudan spesis mereka di kepulauan Indonesia iaitu Jawa. Terdapat banyak usaha-usaha pemuliharaan yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu dalam mebantu spesis badak ketiga di Asia ini untuk meningkatkan bilangannya dari yang sedia ada.
Status pemuliharaan Badak Jawa ini telah ditukarkan daripada spesis terancam (Endangered) kepada spesis terdedah (Vulnerable) kerana spesis ini masih lagi diburu sehingga ke hari ini untuk mendapatkan tanduknya.
Status Badak Jawa
Tanduk Badak Jawa ini dikatakan amat berguna dalam perubatan tradisional. Apabila dikaitkan dengan kegunaan untuk perubatan tradisional merawat penyakit manusia dan oleh kerana ianya sukar untuk didapati, maka tanduk Badak Jawa ini amat bernilai dan dikatakan harganya juga mencecah sehingga lebih RM120,000 untuk satu kilogram.
Sudah menjadi lumrah keinginan manusia untuk kembali sihat daripada sakit dan memungut wang yang banyak dengan cara yang mudah, jadi tanduk Badak Jawa ini pun diburu secara haram dan dijual di dalam pasaran gelap.
Badak Jawa yang ditembak mati oleh pemburu di Malaya
Sepertimana yang diberitahu pada anda pembaca setia orangperak.com sebelum ini berkenaan dengan habitat Badak Jawa ini. Secara khususnya, kumpulan Badak Jawa ini gemar tinggal di kawasan tanah yang agak lembap.
Lokasi habitat kegemaran mereka ini sebenarnya adalah lokasi yang sesuai untuk manusia menjalankan aktiviti pembangunan.
Benar kata ramai orang yang nyatakan bahawa punca sebenar kepupusan Badak Jawa di Malaysia adalah kerana pemburu haram untuk dapatkan tanduknya akan tetapi faktor pembangunan oleh manusia juga sebenarnya adalah penyumbang terbesar kepada permasalahan ini.
Lokasi habitat Badak Jawa
Perak menjadi habitat kegemaran Badak Jawa pada satu ketika dahulu kerana hampir kebanyakan kawasan di Hulu Perak masih lagi mempunyai ciri-ciri habitat kegemaran Badak Jawa.
Untuk makluman anda, Royal Belum yang kini telah digazetkan sebagai hutan simpanan kekal adalah antara salah satu lokasi pilihan dan kegemaran buat Badak Jawa untuk dijadikan habitat mereka yang selesa dan jauh dari pembangunan manusia.
Kepala Badak Jawa terakhir yang telah mati ditembak di Perak
Bagi menyempurnakan fakta untuk artikel ini dan untuk pengetahuan anda semua pembaca setia orangperak.com, Badak Jawa yang terakhir dan pernah dilihat hidup di tanah Malaysia kita ini telah ditembak mati pada tahun 1932 oleh Arthur Stannard Vernay (seorang peniaga barangan antik dan pemburu British) di Hutan Kroh (kini dikenali dengan nama Pengkalan Hulu) untuk dijual kepada muzium British.
Kepala dan rangka Badak Jawa kini disimpan di Natural History Museum yang terletak di London untuk dipamirkan kepada pengunjung yang datang.
Arthur Stannard Vernay (kiri)
Bagaimanapun, ada rekod tidak rasmi yang dicatatkan oleh seorang individu yang bernama Milton pada tahun 1963 menyatakan bahawa, Badak Jawa yang terakhir telah ditembak mati di kawasan Ulu Bernam, Selangor pada tahun 1937. Namun tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini melainkan catatan beliau sahaja.
rujukan dan diolah semula oleh penceritaan dari sumber diatas