33 C
Ipoh
Sunday, 5 May 2024

Pelancaran Komik Travelog “Perak, Teman Datang”

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Majlis Pelancaran Komik Travelog “Perak, Teman Datang!” telah berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 5 Mei 2017 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi yang merupakan Exco Pelancongan, Kesenian Kebudayaan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak Darul Ridzuan pada tengahari tersebut.

banner buku

Pelancaran komik ini telah diadakan dengan bantuan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak.

Sylvia Chin

Komik travelog ‘Perak, Teman Datang! ini telah dihasilkan oleh Sylvia Chin dan diterbitkan oleh Lejen Komik. Komik travelog ini dihasilkan dalam dua versi iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan tajuk ‘Perak, Here I Come’.

isi buku

Konsep ‘doodle’ telah diaplikasi di dalam komik ini di mana tempat-tempat menarik di sekitar negeri Perak telah dilukis dengan jalan cerita yang unik.

isi buku 2

Menuruk pihak Lejen Komik, mereka berharap semoga dengan kemunculan komik ini, mereka akan dapat membuka mata masyarakat untuk menerokai keunikan khazanah alam, warisan serta budaya yang terdapat Negeri Perak. Sempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, marilah kita dapatkan komik travelog ini sebagai panduan daripada pengalaman pekomik, serta lokasi-lokasi menarik yang ada di sekitar Negeri Perak.

- Advertisement - Advertisement
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here