Bangsa Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya dan adat resam sejak dari turun temurun. Apatah lagi orang-orang Melayu pada masa lampau telah lama menganut ajaran Hindu-Buddha kemudiannya diperkenalkan kepada agama Islam setelah pedagang dan pendakwah dari Arab dan India tiba di Tanah Melayu.
temasya
Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar
Di masa kini agak sukar untuk menerapkan nilai jati diri dan identiti Melayu ke dalam jiwa generasi muda Melayu mengenai seni dan budaya bangsa. Anak muda Melayu ramai dilihat lebih mengutamakan budaya ‘orang putih’, orang kulit hitam Amerika Syarikat, Arab dan lain-lain umpama sudah tiada identiti bangsa sendiri. Perkara ini dilihat semakin membarah dan dibimbangi apabila jati diri bangsa sudah mula pudar, maka pengaruh yang tidak sihat segera diikuti oleh anak muda kita.
Pertama Di Malaysia, Temasya Idea Selama Seminggu Di Perak
Perak Festival of Ideas (PFOI) adalah aspirasi daripada Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir untuk mempromosikan Perak sebagai negeri yang berasaskan pengetahuan. Ia adalah festival yang memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam melontarkan idea-idea unik dan menarik untuk negeri Perak.