Rawatan secara tradisional adalah pilihan terakhir buat kebanyakan penanggung penyakit kanser pada zaman kini. Pakndak di Gerik cukup terkenal dengan rawatan tradisionalnya dalam merawat pesakit kanser dalam pelbagai peringkat. Ramai yang berikhtiar dari pelbagai bangsa untuk merawat penyakit yang ada dengan Pakndak ini dan menyebabkan keadaan di rumahnya sentiasa ramai dengan pesakit dan keluarga pesakit yang turut datang menemani mereka.