● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Sejarah Yang Dilupakan Di Tanjung Belanja, Parit

21 Feb 2019 · 1 min baca · 345 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kampung Belanja yang terletak tidak jauh dari Tanjung Belanja suatu ketika dahulu pernah merasai zaman kegemilangannya dengan menjadi tempat tinggal beberapa kerabat diraja negeri Perak. Kampung Belanja ini dipisahkan oleh sungai Perak yang membahagikan kepada dua bahagian iaitu Belanja Kanan dan Belanja Kiri.

Seperti kampung-kampung lain yang ada di persisiran sungai Perak, Kampung Belanja juga adalah merupakan sebuah perkampungan melayu yang ada sejajar dengan kampung-kampung lain di tepian sungai Perak. Antara kampung lain yang ada di sana adalah Kampung Raja, Kampung Tepus dan banyak lagi yang punyai sejarah penting pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25). Semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25) dalam tahun 1871 hingga 1874, baginda bersemayam di Kampung Raja yang terletak di Belanja Kanan. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25), jawatan Raja Muda pada waktu itu adalah Raja Sulong yang tinggal di Kampung Tepus, Belanja Kiri. Apabila Raja Muda iaitu Raja Sulong mangkat, baginda dimakamkan di Kampung Tepus dan dikenali sebagai Almarhum Tepus Raja Sulong. Makamnya ini terletak di tepi padang bola Sekolah Kebangsaan Kampung Tepus, Belanja Kiri.

Sejarah Yang Dilupakan Di Tanjung Belanja, Parit

Makam Raja Sulong

Menurut Frank Swettenham berkenaan dengan zaman kegemilangan di Belanja dalam buku tulisannya Malay Sketches, Belanja pada waktu itu adalah sebuah perkampungan yang cukup besar. Terdapat sebuah rumah cukai yang dibangunkan bertujuan untuk mengutip cukai daripada orang yang lalu lalang di persisiran sungai Perak yang dalam dan luas.

Sejarah Yang Dilupakan Di Tanjung Belanja, Parit

Pelabuhan di Belanja

Namun hakikatnya kegemilangan itu tidak lagi dapat kita lihat hari ini selepas lebih 100 tahun berlalu. Berbalik pada Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25), baginda adalah salah seorang daripada empat sultan Perak yang mangkat dan dimakamkan di luar negeri Perak iaitu di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Sejarah Yang Dilupakan Di Tanjung Belanja, Parit

Makam Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25)

Rujukan:

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (1)

Intan Ahmad
19 Dec 2018 17:52
Mengapa baginda dimakamkan di johor? Saya mempunyai moyang yg bernama Aminah yg berasal dari bukit serene,johor yg kemudiannya bermastautin di Kpg Raja.

Saya sebnrnya mencari Salasilah moyang saya dan sebab2 mengapa beliau berpindah ke kpg raja waktu itu.
nan
07 Jul 2019 09:14
Nenek kpd isteri saya pernah menjadi pengasuh sultan yg tinggal di Kg. Raja namanya selalu disebut isteri saya Teh Arbi.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.