25 C
Ipoh
Friday, 3 October 2025

Pastikan Insiden Penerobosan Keselamatan Sultan Tidak Lagi Berulang

- Advertisement -
- Advertisement -

Pastikan Insiden Penerobosan Keselamatan Sultan Tidak Lagi Berulang

Pagi ini, 31 Ogos 2025, seluruh rakyat Perak dan Malaysia dikejutkan dengan satu insiden yang amat serius serta tidak sepatutnya berlaku. Dalam Upacara Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak yang penuh bersejarah dan penuh makna, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, payung kedaulatan negeri dan lambang perpaduan rakyat telah didekati secara agresif oleh seorang wanita di pentas utama ketika nyanyian Lagu Negeri Perak sedang berkumandang.

Sama ada tindakan itu berupa pelukan atau cubaan serangan, ia tetap merupakan satu bentuk penerobosan keselamatan yang amat membimbangkan dan memalukan.

Dari sudut pandangan keselamatan negara, kejadian ini jelas menunjukkan terdapat kelemahan dalam lapisan kawalan keselamatan dan perimeter perlindungan di kawasan pentas utama. Pada tahap sebegini, di mana Sultan bersemayam di hadapan ribuan rakyat serta tetamu kehormat, tiada ruang toleransi terhadap kelalaian atau kelemahan yang memungkinkan individu awam menembusi kawalan dengan begitu mudah.

Kegagalan ini bukan sahaja memberi isyarat kepada rakyat bahawa keselamatan Ketua Negeri boleh diceroboh, malah ia turut menghantar mesej negatif bahawa mekanisme kawalan keselamatan negara masih belum berada pada tahap optimum. Rakyat Perak berasa amat terluka, tersentak dan marah melihat insiden ini – kerana ia berlaku kepada Sultan yang mereka sanjungi, pada hari penuh keramat Sambutan Kemerdekaan, di hadapan khalayak awam.

Kami di Laman Orang Perak ingin memberi pandangan serta cadangan berkenaan beberapa perkara perlu diberi perhatian serius untuk penambahbaikan segera oleh pihak keselamatan:

  1. Audit Keselamatan Menyeluruh – Lakukan penilaian semula SOP kawalan keselamatan dalam semua majlis rasmi diraja dan kebangsaan. Tiada lagi ruang untuk kompromi.
  2. Peningkatan Lapisan Perlindungan – Perlu diwujudkan perimeter kawalan berganda (multi-layer security) dengan pegawai keselamatan terlatih, serta ‘buffer zone’ yang tidak boleh dicerobohi.
  3. Pemantauan Tingkah Laku Awam – Sistem pemprofilan risiko dan pemantauan pergerakan awam yang lebih proaktif, termasuk penggunaan teknologi pengawasan pintar (CCTV beresolusi tinggi, AI-based monitoring).
  4. Latihan & Tindak Balas Pantas – Pegawai keselamatan perlu dilatih untuk bertindak balas dalam masa kurang dari beberapa saat tanpa menjejaskan maruah upacara rasmi.
  5. Kesedaran Awam – Rakyat juga perlu diberi kefahaman bahawa setiap majlis rasmi melibatkan pemimpin negara adalah acara berprotokol tinggi yang menuntut disiplin, tata tertib dan pematuhan penuh terhadap arahan keselamatan.

Insiden ini mesti dijadikan wake-up call kepada semua pihak. Keselamatan institusi diraja bukan sekadar isu teknikal, tetapi menyentuh terus maruah negeri, kedaulatan negara dan perasaan rakyat. Apa yang berlaku hari ini telah mengguris hati rakyat Perak, mencemar suasana keramat sambutan Hari Kebangsaan, dan menuntut satu reformasi besar dalam sistem keselamatan acara rasmi negara.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here