Patung Siapa Di Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sebut sahaja Kellie’s Castle, hampir semua orang anggap ianya sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina. Sebagai pengenalan, istana ini dibina pada tahun 1905 sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya.

    Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Kellie’s Castle pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith bertemu jodoh dengan isterinya Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

    Cukup hanya satu perenggan sahaja berkenaan dengan pengenalan Kellie’s Castle kerana entri kali ini kita ingin berceritakan tentang patung yang ada di atas kuil yang terletak lebih kurang 500 meter dari Kellie’s Castle.

    spanish flu

    Sewaktu pembinaan Kellie’s Castle sedang dijalankan, ada satu wabak penyakit yang dinamakan Spanishs Flu yang bermula di eropah telah tersebar ke asia melalui aktiviti perdagangan yang berlaku sehinggalah wabak ini melanda Malaya.

    William Kellie Smith

    Wabak yang melanda ini mendatangkan kesan yang amat besar kepada William kerana kesemua 70 orang pekerja mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana Kellie telah mati kerana terjangkit wabak maut ini. Kesan daripada wabak penyakit Spanish Flu ini menyebabkan pekerja ladang dikawasan tersebut yang kebanyakannya berasal dari negera India berada dalam keadaan ketakutan.

    patung william kellie

    Mereka merasakan mereka perlu mendapatkan perlindungan daripada tuhan mereka, lalu mereka memohon kepada William Kellie Smith untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Mariamman. William Kellie Smith bersetuju untuk membiayai dan membina kuil tersebut dan sebagai tanda penghargaan kepada William Kellie Smith, sebuah patung yang menggambarkan diri beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.