OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:14:00
Maghrib
19:17:00
Isyak
20:26:00
Sejarah

Patung Siapa Di Atas Kuil Bersebelahan Kellie's Castle

28 Feb 2019 · 1 min baca · 20 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Sebut sahaja Kellie's Castle, hampir semua orang anggap ianya sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina. Sebagai pengenalan, istana ini dibina pada tahun 1905 sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Kellie's Castle pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith bertemu jodoh dengan isterinya Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perja

Sebut sahaja Kellie's Castle, hampir semua orang anggap ianya sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina. Sebagai pengenalan, istana ini dibina pada tahun 1905 sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya.

Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Kellie's Castle pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith bertemu jodoh dengan isterinya Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Cukup hanya satu perenggan sahaja berkenaan dengan pengenalan Kellie's Castle kerana entri kali ini kita ingin berceritakan tentang patung yang ada di atas kuil yang terletak lebih kurang 500 meter dari Kellie's Castle.

spanish flu

Sewaktu pembinaan Kellie's Castle sedang dijalankan, ada satu wabak penyakit yang dinamakan Spanishs Flu yang bermula di eropah telah tersebar ke asia melalui aktiviti perdagangan yang berlaku sehinggalah wabak ini melanda Malaya.

William Kellie Smith

Wabak yang melanda ini mendatangkan kesan yang amat besar kepada William kerana kesemua 70 orang pekerja mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana Kellie telah mati kerana terjangkit wabak maut ini. Kesan daripada wabak penyakit Spanish Flu ini menyebabkan pekerja ladang dikawasan tersebut yang kebanyakannya berasal dari negera India berada dalam keadaan ketakutan.

patung william kellie

Mereka merasakan mereka perlu mendapatkan perlindungan daripada tuhan mereka, lalu mereka memohon kepada William Kellie Smith untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Mariamman. William Kellie Smith bersetuju untuk membiayai dan membina kuil tersebut dan sebagai tanda penghargaan kepada William Kellie Smith, sebuah patung yang menggambarkan diri beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.