29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Penjelasan Tradisi Pukung Masyarakat Banjar Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Pukung ialah satu kaedah membedung bayi di atas buaian oleh masyarakat Banjar. Teknik ini dibuat bagi memudahkan bayi tidur dengan cara menimang. Bayi yang ingin dipukung akan berada seperti sedang duduk di atas buaian. Bayi yang selesema kalau dibuat seperti ini, mereka akan boleh tidur dengan selesa.

Sedikit peringatan buat anda pembaca setia orangperak.com, jika anda tidak arif dengan kaedah ikatan ini, jangan sesekali mencubanya. Berikutan dengan info bergambar yang telah pihak kami dari orangperak.com lampirkan di halaman facebook page orangperak pada 4 Julai 2017 yang lalu, terdapat banyak komen dengan penuh persoalan tentang keadaan bayi yang dipukung.

Artikel ini ditulis berdasarkan komen dan ulasan panjang oleh individu prihatin yang bernama Along Putera di status bergambar tersebut di laman Orang Perak. Olahan semula kenyataan beliau adalah seperti dibawah.

Tradisi berpukung ini amat popular di kalangan mereka yang berketurunan Banjar. Tidak sah jika tidak berpukung, setiap anak kelahiran yang berketurunan Banjar, mesti akan merasa pukung. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pukung ini bukanlah satu bentuk penderaan walaupun keadaan anak kecil yang sedang pukung nampak seperti berada dalam keadaan sakit.

pukung

dikongsi oleh Cik WT Emi Naddia

pukung

dikongsi oleh Hayati Mohamad Nor

Hakikatnya, pukung ini tidaklah mendatangkan sebarang kesakitan kepada anak tetapi sebenarnya ianya memberi keselesaan. Kebiasaannya, bayi yang dipukung adalah bayi yang sedang hadapi masalah perut kembung, selesema, sakit perut, demam dan lain-lain lagi. Bayi yang punyai masalah sakit seperti yang dinyatakan tadi, kebiasaannya mereka akan menangis jika dibiarkan baring dan ingin berdukung sahaja. Jadi, pukung adalah salah satu cara untuk membuatkan mereka selesa dan ibu bapa atau penjaga boleh teruskan kerja-kerja harian.

pukung

dikongsi oleh Ila Suhaila

Pukung bukanlah satu kaedah penderaan bayi. Pukung adalah satu kaedah untuk menidurkan bayi yang telah diamalkan oleh masyarakat Banjar sejak dari dahulu lagi. Apa yang menyedihkan, kaedah pukung ini semakin dilupakan oleh waris dan keturunan Banjar yang kebanyakannya ada di negeri Perak pada hari ini. Amat jarang untuk kita dapat lihat pada hari ini kaedah pukung dikenakan pada bayi generasi sekarang.

pukung

dikongsi oleh Julia Uliek

Hal ini mungkin kerana, kurangnya pendedahan akan kaedah pukung dan tidak diwarisi kerana tidak berminat untuk meneruskan kaedah ini. Ada juga alasan yang diterima bahawa kaedah pukung ini ditentang oleh keluarga pasangan yang bukan dari keturunan Banjar kerana takut dan sedih melihat akan keadaan bayi tersebut seolah-olah tersiksa. Oleh kerana asalan tersebut, kemahiran dalam untuk membuat kaedah pukung ini semakin hilang dan mereka waris pada hari ini juga kurang keyakinan untuk membuatnya.

pukung

dikongsi oleh Misah Aziz

Berikut adalah kebaikan berpukung yang dinyatakan oleh penulis untuk bacaan semua pembaca setia orangperak.com.

  • Tidur dengan lebih lena seolah-olah berada dalam dakapan ibu
  • Tidak mudah tersedak ketika menyusu (susu botol)
  • Tidak mudah ada ruam kerana air kencing turun ke bawah
  • Tidur dengan kedudukan selesa seperti kedudukan dalam kandungan rahim ibu
  • Mudah untuk ibu menimang dan mendodoikan bayi
  • Orang Banjar bila tua jarang yang bongkok, kaedah ini dapat menguatkan tulang belakang sejak dari bayi lagi
  • Jika bayi selsema ia akan lebih lena tidur dan dapat membuka saluran pernafasan dengan baik
  • Jarang berlaku bayi jatuh dari buaian dan si ibu dapat berkerja dengan selesa tanpa rasa risau

pukung

dikongsi oleh Yati Ahmad

Sejujurnya, kebaikan kaedah pukung tidak pernah dibuktikan dengan secara saintifik namun inilah kaedah yang diperturunkan sejak dari dahulu lagi sehingga ke hari ini dan rata-rata masyarakat Banjar amat berbangga dengan keunikan kaedah pukung yang memudahkan kerja seharian mereka. Keturunan dan waris masyarakat Banjar yang ada di Perak khususnya wajar untuk memertabatkan kaedah ini agar ia tidak hilang ditelan zaman.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here