Pelancongan Pokok Peluru Meriam Penambah Keunikan Taman Tasik Taiping
Pelik bukan apabila mendengar nama pokok ini, namun itu lah gelaran yang diberi kepada pokok yang nama saintifiknya Couroupita guianensis. Apabila diteliti pada buahnya barulah anda akan menyedari mengapa ianya dipanggil sebagai Pokok Peluru Meriam. Dari segi fizikal buahnya memang seperti peluru meriam dan jika kita kupas sedikit kulitnya kemudian dilambung ke udara, bila sahaja ia mencecah tanah, ia akan bederai dan mengeluarkan bunyi letupan yang kuat.
24 Apr 2019 282