Pelancongan Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?
Ramai orang awam yang telah membeli tiket sejak setahun yang lalu mula merungut di laman media sosial facebook rasmi Movie Animation Park Studios. Ada yang mengamuk bertanyakan tarikh sebenar bila akan dibuka, ada yang meminta wang belian tiket semula, ada yang memaki hamun dan macam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan, pengguna mungkin rasa teraniaya dan tertipu kerana belian tiket masuk yang dibeli sudah lebih setahun berlalu dan apabila ditanya tiada jawapan yang dapat memuaskan hati mereka.
07 Feb 2017 232