OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Sekolah Kurang Murid Yang Paling Meriah Di Perak

13 Sep 2017 · 2 min baca · 28 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Perak terdapat sebuah sekolah yang punyai bilangan pelajarnya hanya 4 orang sahaja untuk sesi persekolah sepanjang tahun 2017 ini. Ianya adalah Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak yang terletak di Bagan Datuk.

Sebanyak 2,058 buah sekolah kebangsaan (SK) di seluruh negara Malaysia pernah diletakkan dalam kategori sebagai sekolah kurang murid (SKM). Makna kepada sekolah kurang murid (SKM) ini adalah sekolah yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang.

Daripada jumlah yang dinyatakan diatas tadi, sebanyak 132 buah sekolah kurang murid (SKM) mempunyai murid seramai 20 orang ke bawah dan manakala sebanyak 44 buah sekolah yang mempunyai kurang daripada 10 murid. Salah satu sekolah kurang murid (SKM) daripadanya ada di negeri kita, Perak.

kempen sifar ponteng

kempen sifar ponteng

bakar lemang

bakar lemang

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, di negeri Perak terdapat sebuah sekolah yang punyai bilangan pelajarnya hanya 4 orang sahaja untuk sesi persekolah sepanjang tahun 2017 ini. Ianya adalah Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak yang terletak di Bagan Datuk.

pengawal keselamatan masuk sukaneka

pengawal keselamatan masuk sukaneka

jamuan akhir tahun

jamuan akhir tahun

Sekolah yang punyai 4 orang murid ini beroperasi sama seperti sekolah-sekolah kebangsaan lain yang ada di luar sana. Aktiviti di Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak penuh dengan pelbagai program atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga banyak aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah itu sendiri.

program 7s

program 7s

Guru-guru yang ada di sana juga perlu menyempurnakan tugasan-tugasan atas talian melalui sistem yang ditetapkan, perkeranian, rekod, menyediakan laporan dan banyak lagi sama dan tiada bezanya seperti guru-guru yang mengajar di sekolah lain yang bukan sekolah kurang murid (SKM).

program amalan guru penyayang

program amalan guru penyayang

program peyalahgunaan dadah dan denggi

program peyalahgunaan dadah dan denggi

Ada yang menyatakan bahawa sekolah ini pernah punyai hampir 200 orang pelajar berdaftar untuk satu sesi persekolahan namun selepas terdapat sekolah lain dibuka, terus berlaku penurunan ketara untuk jumlah pendaftaran pelajar.

sambutan hari lahir buat satu-satunya pelajar tahun satu

sambutan hari lahir buat satu-satunya pelajar tahun satu

Walaupun jumlah murid yang ada di Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak sangat minima, segala acara dan kemudahan sekolah tetap diadakan seperti biasa seperti sukan tahunan, lengkap dari segi kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan pelbagai bantuan dari Kementerian Pendidikan.

sambutan merdeka yang ke 60

sambutan merdeka yang ke 60

acara sukan tahunan sekolah

acara sukan tahunan sekolah

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak adalah sekolah yang paling unik dan paling meriah dengan cara mereka yang tersendiri walaupun jumlah pelajarnya hanya sedikit! Ia langsung tidak menjadi satu masalah dan sebenarnya murid yang ada disana sekarang adalah murid yang paling bertuah di negara kita.

kek dari TPM Malaysia

kek hari guru dari Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Kami dari warga orangperak.com berharap agar adik-adik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak sekarang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan ukirkan senyuman buat ayahanda serta bonda dan jangan sesekali lupakan jasa guru-guru anda di Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak. kredit gambar-gambar kepada Cik Puan Azmid

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.