OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Makanan

Nasi Goreng Udang Paling Meletup Di Ipoh

10 Jan 2017 · 1 min baca · 20 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Ipoh antara salah satu bandar di Malaysia yang menjadi kegemaran orang ramai untuk singgah dan mencari makanan yang lazat disana. Menu seperti Nasi Ganja, Nasi Vanggey, laksa sarang dan terdapat juga Mee Rebus Ramlee yang sudah terkenal dan menjadi kegilaan ramai. Ada satu lagi yang mungkin anda tertinggal jika anda tidak pernah mencuba nasi goreng udang!

Ipoh antara salah satu bandar di Malaysia yang menjadi kegemaran orang ramai untuk singgah dan mencari makanan yang lazat disana. Menu seperti Nasi Ganja, Nasi Vanggey, laksa sarang dan terdapat juga Mee Rebus Ramlee yang sudah terkenal dan menjadi kegilaan ramai. Ada satu lagi yang mungkin anda tertinggal jika anda tidak pernah mencuba nasi goreng udang! Tak pernah cuba? Ruginya..

peta nasi goreng udang

Gerai nasi goreng udang ini terletak di seberang jalan berhampiran dengan bangunan Negeri Perak dan berdekatan dengan stesyen kereta api Ipoh. Jika anda mempunyai peluang untuk pergi ke sana, jangan lupa singgah dan cuba menikmatinya. Ia pasti akan menjadi kenangan yang berharga buat anda yang meminati udang. Tetapi, jika anda alahan terhadap makanan laut, jangan cuba ya.

gerai nasi goreng udang ipoh

Gerainya biasa sahaja tapi sentiasa dipenuhi dengan pelanggan yang gilakan nasi goreng udang mereka. Selain dari nasi goreng, mereka mempunyai menu lain yang berkaitan dengan udang. Antaranya yang lain dan sama popular adalah mee udang.

nasi goreng udang

Lihat sahaja gambar nasi udang yang diberikan, ia boleh mengundang kemarahan bukan? Dimana nasi gorengnya? Dipenuhi dengan udang sahaja? Jika anda hendak tahu, anda cuba selakkan udang tersebut, nah disitulah tersoroknya nasi goreng anda! Dapatkah anda gambarkan bertapa banyaknya udang goreng hinggakan dapat menutupi nasi goreng yang juga banyak dibawahnya itu? Anda patut cuba jika anda ke Ipoh!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.