OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Makanan

Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

31 Mar 2020 · 1 min baca · 4 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kuih Cecemek adalah salah satu daripada makanan warisan negeri Perak dan ia semakin kurang dikenali oleh generasi muda pada hari ini kerana resepinya kurang diwarisi dan tidak diperturunkan.

Cecemek, kuih pemanis mulut yang begitu unik namanya dan menggambarkan lembutnya kenikmatan sedap memakan kuih tersebut apabila berada di dalam mulut si pemakan.

Kuih Cecemek adalah salah satu daripada makanan warisan negeri Perak dan ia semakin kurang dikenali oleh generasi muda pada hari ini kerana resepinya kurang diwarisi dan tidak diperturunkan. Ada sedikit kekeliruan yang menyamakan kuih Cecemek ini dengan kuih Sampan atau kuih Limas. Hal ini kerana ia mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan kuih Cecemek.

Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

Perbezaan antara kuih Cecemek dengan kuih Sampan adalah penggunaan tepung dalam adunan dan cara penyediaannya yang tidak sama dan berbeza. Kuih Cecemek menggunakan tepung pulut dan sedikit tepung gandum yang dibulatkan kecil dengan membuat lubang di tengah. Doh kecil diletakkan dalam bekas yang dibuat daripada daun pisang yang mana kebiasaannya berbentuk segi empat. Kemudian, ia diletakkan gula serta bancuhan santan yang kemudian akan dikukus.

Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

Rupa dan bentuknya lebih kurang seperti kuih Sampan namun ia mempunyai kelainan yang tersendiri dan boleh dianggap kuih warisan negeri Perak terutamanya Kampung Gajah yang mana dipercayai di situlah asal usul kuih Cecemek. Istimewanya kuih Cecemek ini ia adalah kuih yang sentiasa dirindui dan akan ditunggu-tunggu oleh peminatnya kerana kebiasaannya kuih Cecemek hanya akan dibuat dan dijual sewaktu Ramadan tiba.

Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan, boleh dikatakan hampir setiap rumah di Kampung Gajah akan ada kuih Cecemek sebagai juadah berbuka puasa. Apakah anda pernah rasa kuih Cecemek ini? Jika ada pembaca yang tahu membuat kuih tradisi ini, jangan lupa untuk turunkan ilmu kepada keluarga dan kenalan agar nostalgia lama dapat dirasa kembali dan supaya generasi baru dapat mengenalinya lantas tidak ditelan zaman.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.