● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Paling Baik Malaysia Dianugerah Kepada Perak

26 Nov 2017 · 1 min baca · 142 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Inovasi dalam agihan zakat adalah merupakan pemangkin dalam memperkasakan peranan dan tanggungjawab institusi zakat. Kini dengan adanya perkembangan pesat dalam pelbagai bidang yang lebih berteknologi, urusan agihan zakat dilihat mampu bergerak lebih ke hadapan melalui pelbagai inovasi yang dibangunkan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, baru-baru ini Masjlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK) dimaklumkan bahawa mereka telah dipilih oleh pihak jawatankuasa Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) untuk menjadi penerima Anugerah Zakat Kebangsaan (Inovasi Terbaik - Agihan) untuk tahun 2017.

Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Paling Baik Malaysia Dianugerah Kepada Perak

Oleh yang demikian, hal ini jelas menunjukkan bahawa kerja-kerja agihan zakat oleh Masjlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK) di negeri Perak telah diiktiraf dan secara tidak langsung ianya adalah paling baik di Malaysia! Jutaan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Masjlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK).

Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Paling Baik Malaysia Dianugerah Kepada Perak

Dimaklumkan bahawa YBrs. Dr. Amiruddin Bin Muhammad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Masjlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK) akan menghadiri dan menerima anugerah yang akan disampaikan dalam majlis perasmian Sambutan Bulan Zakat (BZK) pada 23 November 2017 dan 24 November 2017 ini.

Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Paling Baik Malaysia Dianugerah Kepada Perak

YBrs. Dr. Amiruddin Bin Muhammad

Dalam masa yang sama, Seminar Pembangunan Asnaf Serantau (SPAS) juga akan berjalan dan bakal dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Bersara Dato Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom bertempat di Dewan Mutamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia.

Anugerah Inovasi Agihan Zakat 2017 Paling Baik Malaysia Dianugerah Kepada Perak

YB Mejar Jeneral Bersara Dato Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom

Program Sambutan Bulan Zakat (BZK) ini dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Pembangunan Enokomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.