OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Tokoh

Wanita Dari Kampar, Perak Pemilik Firma Elektronik Terkemuka Di Amerika Syarikat

10 May 2019 · 2 min baca · 85 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Anak kelahiran Kampar, Perak bernama Rupa Shanmugam ini adalah anak kepada seorang guru fizik. Ayahnya itulah yang banyak memberi galakan kepada beliau untuk teruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Amat membanggakan apabila pencapaian seorang jurutera wanita dari Kampar, Perak akan menjadi pemilik majoriti untuk sebuah firma elektronik yang terkemuka di negara Amerika Syarikat setidak-tidaknya pada akhir tahun 2018.

SoPark Corporation adalah sebuah pengilang kontrak elektronik yang menawarkan perkhidmatan kepada syarikat yang inginkan teknologi tinggi termasuk dalam bidang pergerakan, telekomunikasi, komputer dan industri perubatan. Mereka berpusat di South Park Ave, Buffalo, New York. SoPark Corporation ditubuhkan oleh Robert Stevenson pada tahun 1981 yang mana pada hari ini jurutera wanita dari Kampar, Perak ini adalah sebagai presiden dan ketua pegawai operasi di SoPark Corporation. Anak kelahiran Kampar, Perak yang bernama Rupa Shanmugam ini adalah anak kepada seorang guru fizik yang mana ayahnya itulah yang banyak mmeberi galakan kepada beliau untuk teruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Wanita Dari Kampar, Perak Pemilik Firma Elektronik Terkemuka Di Amerika Syarikat

Jangan anda tidak tahu, Rupa Shanmugam juga adalah antara satu-satunya wanita Malaysia pertama dan terawal yang menjadi seorang jurutera wanita merangkap menjadi seorang pengurus ketika mengejar kerjaya di dalam bidang yang diceburinya. Rupa Shanmugam mula dalam bidang kejuruteraan elektronik sewaktu beliau dapatkan diploma dari Institut Teknologi Persekutuan di Kuala Lumpur. Pada waktu itu, beliau adalah antara satu-satunya seorang wanita yang ada di dalam kelas selama tiga tahun tempoh pembelajaran.

Wanita Dari Kampar, Perak Pemilik Firma Elektronik Terkemuka Di Amerika Syarikat

Dalam masa 5 tahun selepas menamatkan pembelajaran, Rupa Shanmugam terus bekerja sebagai seorang jurutera di Singapura. Antara syarikat yang beliau terlibat adalah Thomson Consumer Electronics, Western Digital dan kemudian Carsem di Malaysia. Pada waktu itu tiada jurutera wanita lain yang ditemuinya melainkan beliau seorang yang bekerja dalam sektor dan bidang kejuruteraan elektronik dalam syarikat besar. Seperti insan-insan lain yang dahagakan ilmu, Rupa Shanmugam teruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya di Trine University, Indiana United State dan beliau berjaya lulus dengan cemerlang dan berjaya dapatkan ijazah kejuruteraan elektrik. Kini, Rupa Shanmugam juga berkhidmat untuk United Way Boards of Directors dan the Women United Advisory Board. Selain itu, beliau juga adalah ahli dalam Employ Buffalo Executive Committee, BNP Manufacturers Council Executive Committee dan ahli jawatan kuasa untuk UB Women di STEM.

Wanita Dari Kampar, Perak Pemilik Firma Elektronik Terkemuka Di Amerika Syarikat

Tidak cukup dengan itu, prestasi beliau yang cukup membanggakan rakyat Malaysia adalah beliau juga berperanan dalam pembentukan bab pertama dunia dalam Kejuruteraan Kesihatan Kejuruteraan di Universiti di Buffalo. Tidak ramai rakyat Malaysia yang berjaya menempah nama di negara orang dan ternyata mereka ini hebat dan boleh menjadi inspirasi anak muda di Malaysia.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.