OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

27 Jan 2020 · 1 min baca · 1 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Sultan Tajul Ariffin sebagai sultan Perak ke 4 mula menaiki takhta kerajaan negeri Perak sejak tahun 1584 sehingga tahun 1594

Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) adalah merupakan adinda kepada baginda Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Sultan Perak ke 3) yang mana baginda telah diangkat menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.

Ayahanda baginda Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) pula adalah merupakan Almarhum Sultan Mansur Shah I yang merupakan sultan negeri Perak ke 2. Baginda sultan Perak ke 4 ini bersemayam di satu kawasan bernama Semat yang terletak diantara Manong dengan Kuala Kangsar. Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) telah memerintah negeri Perak selama 10 tahun.

Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

Mula menaiki takhta kerajaan negeri Perak sejak tahun 1584 sehingga tahun 1594. Apabila Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) mangkat, jenazah baginda telah dimakamkan di Pulau Semat dan digelar sebagai Marhum Mangkat di Tebing.

Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)
Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

Untuk ke lokasi makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) cukup sukar dan mencabar kerana perlu merentasi sungai Perak untuk ke sebuah pulau yang bernama Pulau Semat. Di sebelah makam baginda, terdapat makam isteri baginda yang bernama Puteri Ajaib.

Jika anda berminat untuk melawati kawasan makam ini, anda perlu menaiki bot dengan bantuan penduduk kampung disekitar kawasan sana dan anda perlu berhati-hati dengan haiwan berbisa seperti ular apabila sampai di Pulau Semat.

Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

Tidak banyak maklumat yang ada untuk menceritakan dengan lebih mendalam tentang kisah sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4). Rujukan

  • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 12
  • Kredit gambar kepada artmelayu.blogspot.com

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.