OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Sejarah Pembukaan Gugusan Manjoi

24 Feb 2017 · 1 min baca · 6 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidan pada tahun 1900. Uda Kidan berasal dari Bota, Perak.

Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut dari bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Dalam Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh 1985, Kampung Manjoi dikeluarkan dari pelan tersebut kerana ramai penduduknya tidak bersetuju terutama sekali untuk bayaran cukai pintu, cukai tanah, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Lantaran itu Kampung Manjoi kekal terbiar lebih 20 tahun berbanding dengan kemajuan bandar Ipoh.

Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidan pada tahun 1900. Uda Kidan berasal dari

Bota, Perak

. Dia bersama-sama dengan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan kehidupan yang baru. Menurut penduduk disana, Perkataan Manjoi diambil sempena nama Datuk kepada Uda Kidan yang bernama Tok Manjoi. Beliau dikatakan adalah seorang yang amat warak dan alim. Uda Kidan dikatakan sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

peta gugusan manjoi

Ada juga cerita yang menyatakan nama Manjoi ini diambil dari nama isteri Uda Kidan, yang digelar Manja. Perkataan manja apabila disebut dengan dialek Parit, bunyinya pekat manje' dan lama-kelamaan akhirnya perkataan tersebut menjadi Manjoi.

peta gugusan manjoi

Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari

Parit

dan

Bota

berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mula dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh.

gugusan manjoi

Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang paling besar di Perak dan juga di Malaysia. Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.