OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:18
Isyak
20:27
Sejarah

Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak

28 Dec 2018 · 2 min baca · 29 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Ternyata apa yang ada didepan mata kita hari ini terdapat banyak cerita yang tersembunyi. Tidak mustahil bahawa meriam ini pernah digunakan sewaktu Perang Perak yang meletus selepas peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch.

Pada 18 Julai 2018 yang lalu sewaktu saya sedang berurusan di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, anak mata saya tertarik pada dua pucuk meriam yang terletak di hadapan bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak dan sekian lama menjadi hiasan disitu.

Kemudian timbul pula idea untuk mencari cerita tentang meriam ini supaya ia tidaklah sekadar menjadi hiasan di kawasan lanskap semata-mata kerana saya pasti ia punyai 1,001 cerita yang tersirat dan amat menarik untuk diselongkar disebalik meriam tersebut. Sejak dari dahulu lagi jika sesiapa pun ke Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, meriam ini pasti akan menjadi tumpuan orang ramai. Lantas, terdetik hati saya ini hendak bersembang dengan pegawai-pegawai yang ada disini dan bertanyakan tentang hal meriam tersebut. Maklumat lisan yang didapati ringkas dan ada beberapa maklumat yang mereka di sana tahu adalah meriam ini diambil dari Kampung Terengganu di Teluk Intan. Maklumat lain berkenaan dengan tarikh dan lain-lain maklumat tambahan berkenaan dengan meriam tersebut tidak mereka ketahui.

Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak
Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak

Selepas saya selesai berurusan di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, saya melakukan carian maklumat mengenainya dan terjumpa beberapa rekod dalam arkib akhbar lama Straits Times yang berkaitan dengan 2 pucuk merian tersebut.

Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak
Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak

Begini kisahnya, dari gambaran meriam yang bersaiz agak besar ini dipanggil sebagai meriam jantan. Yang berada disebelah tepi itu pula lebih panjang dan bersaiz agak kecil sedikit pula dipanggil sebagai meriam betina. Meriam ini telah ditemui oleh Encik Wan Ali Bin Wan Sulaiman pada tahun 1953 ketika sedang menggali di kebunnya yang berada kira-kira 60 ela daripada makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Sultan Perak ke 22) di Kampung Terengganu, Durian Sebatang.

Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak

Encik Wan Ali Bin Wan Sulaiman turut temui beberapa biji peluru meriam bersama-sama dengan dua pucuk meriam yang ditemuinya. Kemudian selepas beberapa lama meriam ini berjaya digali keluar, gambar meriam ini kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pegawai Muzium di Singapura, beliau menyatakan bahawa meriam tersebut mungkin dibuat di Britain untuk kegunaan tentera Britain ataupun untuk kegunaan tentera India.

Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak
Sejarah Meriam Lama Di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak

Ternyata apa yang ada didepan mata kita hari ini sebenarnya terdapat banyak cerita yang tersembunyi. Tidak mustahil bahawa meriam ini pernah digunakan sewaktu Perang Perak yang meletus selepas

peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch

. Diharap agar terdapat inisiatif untuk membangunkan papan tanda infomasi berkenaan meriam ini supaya tidaklah ianya sekadar menjadi penghias laman semata-mata.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.