OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:18
Isyak
20:27
Sejarah

Sejarah Dan Peranan Besar Kampung Batu 3 Segari Di Lumut

13 Mar 2017 · 2 min baca · 62 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Asal usul pembukaan kampung ini sebabnya adalah untuk mempersiapkan diri dari segala sudut iaitu dalam mempertahankan diri dengan menjadikan tempat simpanan senjata rahsia dan penempatan.

Diawal pembukan Kampung Batu 3 yang sebelum ini dipanggil sebagai Kampung Dato Pendikar iaitu sempena nama Dato Pendikar yang merupakan orang kanan buat Nakhoda Muhammad Taib. Beliau adalah antara orang penting bagi pembukaan kampung ini.

Menurut cerita orang lama yang ada di kampung tersebut, asal usul pembukaan kampung ini sebabnya adalah untuk mempersiapkan diri dari segala sudut iaitu dalam mempertahankan diri dengan menjadikan tempat simpanan senjata rahsia dan penempatan bagi Dato Pendikar sendiri. Oleh kerana itulah lokasi Kampung Batu 3 ini terletak jauh sedikit kedalam. Untuk makluman anda, Dato Pendikar mempunyai dua orang anak. Anak yang pertama bernama Dato Mahmod Bin Dato Pendikar atau digelar sebagai Pendekar Batu Bara dan seorang lagi bernama Sabariah Binti Dato Pendikar.

Dato Mahmod Bin Dato Pendikar

Pada waktu dahulu, laluan utama untuk ke Kampung tersebut satu-satunya adalah sungai yang sempit. Dikatakan bahawa nama baru bagi Kampung Dato Pendikar yang diambil iaitu nama Batu 3 Segari mungkin kerana disebabkan oleh mengikut urutan baru dari hujung damar laut sehinggalah ke Pengkalan Baharu.

Sabariah Binti Dato Pendikar

Ramai yang percaya bahawa kebanyakan penduduk disana sekarang kebanyakannya adalah berketurunan daripada Dato Pendikar serta isteri dan anak-anak mereka. Berbalik kepada cerita Nakhoda Muhammad Taib. Anda mungkin tidak pernah dengar akan namanya. Untuk makluman anda, Nakhoda Muhammad Taib lah yang membuka dan mentadbirkan Kerajaan Melayu Kuala Sepit sejak tahun 1857 hingga ke tahun 1876.

Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib

Beliau yang bernama Nakhoda Muhammad Taib telah meninggal dunia pada 1873 dan pusaranya terletak di Bukit Teluk Kopiah, Batu Tiga Segari di Lumut. Sungguhpun ramai yang tidak ketahui siapa sebenarnya Nakhoda Muhammad Taib yang merupakan antara pejuang Melayu yang terawal ini, namanya disemai pada sebuah sekolah di Segari yang bernama Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Batu Tiga, Segari di Lumut.

pusara Nakhoda Muhammad Taib
pusara Nakhoda Muhammad Taib

Ketokohan Nakhoda Muhammad Taib dan kehebatan perjuangannya mendorong beliau dianugerahkan surat kuasa oleh Sultan Perak ke 23 iaitu Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1856 untuk memerintah Jajahan Kuala Sepit. Kesan-kesan pemerintahan Nakhoda Muhammad Taib kebanyakannya sudah tiada tetapi boleh dilihat tapaknya di sekitar kawasan Segari, Hujung Pasir dan sebagainya. Barang-barang peninggalannya sudah diserahkan oleh waris-warisnya yang masih ada di sekitar Batu Tiga ,Segari, Ipoh dan sebagainya kepada Kompleks

Muzium Matang iaitu Kota Ngah Ibrahim

.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.