OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Tokoh

Raja Nazira Safya, Puteri Perak Yang Comel

02 Feb 2019 · 2 min baca · 52 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Puteri negeri Perak yang comel dan disayangi rakyat jelata ini tidak lain tidak bukan Raja Nazira Safya telah dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor.

Masihkah anda ingat akan puteri kesayangan seluruh rakyat di Negeri Perak yang comel ini? Pernah satu ketika selepas pertabalan ayahanda engku Raja Nazira Safya iaitu

Sultan Nazrin Shah

sempena dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak yang ke 35 selepas kemangkatan

Almarhum Sultan Azlan Shah

, gambar-gambar engku Raja Nazira Safya telah menjadi tular dan menarik perhatian rakyat Malaysia.

Raut wajahnya yang comel telah menarik perhatian nitizen seluruh rakyat Malaysia apabila gambar-gambar Raja Nazira Safya tersebar di dunia internet.

Raja Nazira Safya

Gambar aksi engku yang bersahaja seringkali menjadi "default picture" kepada kebanyakan profile pengguna di media sosial seperti facebook, twitter dan bermacam-macam lagi. Teruskan membaca untuk lebih kenali engku Raja Nazira Safya.

Raja Nazira Safya

Raja Nazira Safya bersama kandanya Raja Azlan Muzzaffar Shah

Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Raja Nazira Safya adalah anakanda kedua dan satu-satunya puteri buat

Sultan Nazrin Shah

(Sultan Perak ke 35) dan juga

Tuanku Zara Salim

(Permaisuri Perak ke 35). Engku Raja Nazira Safya punyai kekanda yang bernama

Raja Azlan Muzzaffar Shah

dengan perbezaan umur 3 tahun selepas kekanda engku Raja Nazira Safya dilahirkan.

Raja Nazira Safya

Puteri negeri Perak yang comel dan disayangi rakyat jelata ini tidak lain tidak bukan Raja Nazira Safya telah dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Engku dilahirkan pada jam 10:30 pagi bertarikh 2 Ogos 2011. Raja Nazira Safya juga merupakan cucunda kepada

Almarhum Sultan Azlan Shah

(Sultan Perak ke 34) dan

Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali

(Permaisuri Perak ke 34).

Raja Nazira Safya

Raja Nazira Safya berpakaian tadika

Engku Raja Nazira Safya menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur International School (Alice Smith School) sejak pada tahun 2014 lagi sehingga ke hari ini. Untuk makluman anda, Alice Smith School ditubuhkan sejak tahun 1946 di Malaysia dan ia adalah antara salah satu sekolah antarabangsa yang paling tua di Asia.

Raja Nazira Safya

Keluarga Sultan Perak ke 35

Berikut adalah nama penuh Raja Nazira Safya serta gelaran rasmi yang dikurniakan:

Raja Nazira Safya

Raja Nazira Safya, Sultan Nazrin Shah, Raja Azlan Muzzaffar Shah

Sesungguhnya dan tidak dapat dinafikan lagi, kelahiran dan kehadiran Raja Nazira Safya dalam keluarga diraja Sultan Perak bukan sahaja menceriakan suasana keluarga dan kerabat diraja sahaja, malah rakyat jelata negeri Perak juga turut terasa akan kehadiran engku Raja Nazira Safya yang bukan sahaja menceriakan suasana di negeri Perak, bahkan di seluruh negeri dalam Malaysia.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.