● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Sejarah

Peristiwa Penting Disebalik Kota Lumut Yang Hilang

01 Jan 2019 · 1 min baca · 221 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Terdapat satu peristiwa yang sangat penting telah berlaku dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud II iaitu sultan Perak ke 16 yang mana Sultan Selangor yang pertama telah mendapat pengiktirafan sebagai pemerintah di negeri tersebut lantas keluar dari kuasa Kerajaan Johor-Riau.

Peristiwa penting dengan penuh sejarah itu berlaku di bumi Perak dan ianya telah berlaku di Kota Lumut. Kota Lumut ini dikatakan adalah saksi utama dalam kisah Raja Lumu sewaktu ditabalkan sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salahuddin oleh Sultan Mahmud II (Sultan Perak ke 16) dalam tahun 1766. Peristiwa penting ini ada dicatatkan dalam buku tulisan Raja Chulan tentang sejarah negeri Perak iaitu buku Misa Melayu. Dalam buku tersebut ada menjelaskan tentang kedaulatan dan kebesaran Sultan Perak sehinggakan Raja Lumu yang berketurunan Bugis sanggup datang menghadap Sultan Mahmud. Penulisan Raja Chulan juga menyifatkan Sultan Mahmud II selaku sultan Perak ke 16 sebagai seorang yang boleh menerima pendapat orang bawahan, dermawan dan murah hati sehingga baginda ahlmarhum Sultan Perak boleh memberi anugerah dan pengiktirafan kepada Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama.

Kisah Disebalik Kota Lumut Yang Hilang

Setelah lebih 250 tahun peristiwa penting buat sejarah Perak dan Selangor berlalu, hari ini menjadi satu persoalan yang besar tentang dimanakah lokasi sebenar Kota Lumut ini? Menurut peta lama yang kenalan kami bernama Irwan Norddin perasan tentang kedudukan Kota Lumut ini mungkin berdekatan dan tidak jauh dari Pulau Indera Sakti.

Kisah Disebalik Kota Lumut Yang Hilang

Seperti kita sedia maklum, Pulau Indera Sakti cukup terkenal dalam sejarah negeri Perak sebagai pusat pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan Perak ke 15). Dalam peta lama diatas ini juga samar-samar menunjukkan kedudukan Kota Lumut dan ia terletak bersebelahan dengan Sungai Buaya.

Kisah Disebalik Kota Lumut Yang Hilang

Atas inisiatif sendiri, kami sebagai pencinta budaya dan sejarah telah berpakat dengan beberapa kenalan dan sahabat untuk menjalankan misi dalam mencari lokasi dan kedudukan sebenar Kota Lumut ini. Jika anda pembaca punyai maklumat berkenaan dengan lokasi sebenar Kota Lumut, boleh terus berhubung dengan 0146050005.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.