OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Pelukis Kampung Boy, Lat Kelahiran Perak

02 Feb 2017 · 1 min baca · 39 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Karya Datuk Mohammad Nor Khalid yang paling terkenal ialah Kampung Boy sejak 1979 yang bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut popular di luar negara dan serata dunia.

Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih popular dengan nama Lat, dilahirkan pada 5 Mac 1951. Bila sebut nama Lat, kami pasti semua orang tahu ia adalah nama watak utama dalam Kampung Boy.

Datuk Mohammad Nor Khalid adalah seorang kartunis Malaysia yang telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah. Karya Datuk Mohammad Nor Khalid yang paling terkenal ialah Kampung Boy sejak 1979 yang bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut popular di luar negara dan serata dunia.

kampung boy

Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya. Lat merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai bentuk muka bulat. Oleh sebab itu, nama timangan sebagai bulat telah diberi oleh keluarganya dan kawan-kawan telah memendekkan nama tersebut menjadi Lat. Lat merupakan anak sulung dalam keluarga dan gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama dengan kawan-kawannya. Sewaktu berusia 9 tahun, Lat membantu menambah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran melukis dengan menjual komik kepada rakan-rakannya.

mamat khalid

Nama Lat itulah yang menjadi watak utama dalam siri Kampung Boy. Ada satu lagi menarik tentang keluarga Datuk Lat ini. Tahukah anda yang beliau adalah abang kepada seorang pengarah filem Malaysia yang amat terkenal bernama Mamat Khalid? Haa, makin bangga tak jadi warga Perak? Hebat betul kelahiran Perak. Terasa tempiasnya aura mereka berdua apabila tahu anak Perak sememangnya hebat-hebat belaka.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.