OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Orang Perak Adalah Pencipta Logo Sukan Sea Ke 29

23 Mar 2019 · 1 min baca · 16 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Logo Sukan Sea ke 29 ciptaan anak kelahiran negeri Perak yang berasal dari Kota Bharu, Gopeng ini bernama Mohd Samsudin Adnan dan logo ciptaan beliau telah dipilih sebagai pemenang daripada jumlah penyertaan sebanyak 174 menerusi pertandingan mencipta logo yang telah diadakan.

Pada 9 Julai 2015 yang lalu Kementerian Belia Dan Sukan pernah mengadakan pertandingan mencipta logo untuk sukan SEA yang ke 29 di Kuala Lumpur pada tahun 2017 yang baru sahaja berlalu baru-baru ini. Untuk itu, sekretariat Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017, Kementerian Belia dan Sukan telah menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tujuan logo tersebut dipertandingkan adalah untuk memilih ciptaan logo yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017. Seperti semua sedia maklum, hanya satu reka bentuk logo saja yang telah dipilih memenangi pertandingan ini dan apa yang membanggakan adalah pemenang pertandingan mencipta logo untuk Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur itu adalah anak kelahiran Perak dan alumni Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Ipoh. Logo Sukan Sea ke 29 ciptaan anak kelahiran negeri Perak yang berasal dari Kota Bharu, Gopeng ini bernama Mohd Samsudin Adnan dan logo ciptaan beliau telah dipilih sebagai pemenang daripada jumlah penyertaan sebanyak 174 menerusi pertandingan mencipta logo yang telah diadakan.

Orang Perak Adalah Pencipta Logo Sukan Sea Ke 29

Majlis pelancaran logo rasmi temasya Sukan SEA ke 29 berbentuk wau bulan yang dapat kita lihat hari ini hasil ciptaan Mohd Samsudin Adnan telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu tidak lain tidak bukan Khairy Jamaludin Abu Bakar di Esplanade, Suria KLCC pada 14 November 2015. Pemilihan Wau Bulan ini adalah berdasarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelah awan. Selain itu, ia juga melambangkan keunikan sukan menuju ke arah kecemerlangan lebih tinggi.

Majlis Pelancaran Logo

Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warna panji semia negara Asia Tenggara sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017. Tahniah buat saudara Mohd Samsudin Adnan anak kelahiran Perak yang berjaya mencipta logo Sukan Sea dengan unik dan cantik!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.