OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

04 Jan 2019 · 2 min baca · 16 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Jambatan Sultan Idris Shah II di Bota umpama tulang belakang buat negeri Perak yang menjadi nadi dan penghubung buat dua lokasi yang pesat membangun iaitu Ipoh dan Lumut. Tahukah kisah disebalik jambatan ini?

Jambatan Sultan Idris Shah II di Bota umpama tulang belakang buat negeri Perak yang menjadi nadi dan penghubung buat dua lokasi yang pesat membangun yang mana hari ini Ipoh dan Manjung sudah menjadi sebuah pekan dan bandar yang pesat pembangunannya serta pertumbuhan ekomoni dan penduduk saban tahun.

Kos pembinaan yang telah digunakan adalah sebanyak $1.1 juta untuk menyiapkan jambatan Sultan Idris Shah II di Bota. Jambatan tersbeut dibina dengan bertujuan untuk menyediakan jalan pintas buat Ipoh - Lumut - Ipoh dan memudahkan urusan harian rakyat dan penduduk setempat. Nama jambatan Sultan Idris Shah II di Bota diambil sempena nama sultan pemerintah negeri Perak pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1963 hingga tahun 1984. Setahun selepas bermulanya baginda almarhum Sultan Idris Shah II memerintah, jambatan yang menghubungkan laluan Ipoh - Lumut - Ipoh yang merentasi sungai Perak telah siap dibina dan ia telah dirasmikan almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) dalam bulan Januari 1964.

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak
Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

Dalam tahun 1964, jambatan di Bota dengan sepanjang 1,300 kaki ini adalah merupakan jambatan yang paling panjang dalam negeri Perak pada waktu itu. Ia cukup gah dan menjadi satu tarikan serta kebanggaan buat penduduk Perak Tengah dengan keadaan yang ada di sana.

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

Malangnya, Perak Tengah juga tidak terkecuali dari dilanda dengan bah banjir besar yang melanda negeri Perak dalam bulan Januari 1967. Banjir tersebut telah memusnahkan jambatan yang berdiri teguh selama 3 tahun.

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

Banjir yang merebahkan jambatan itu bukan banjir biasa-biasa. Ia datang dengan balak-balak yang hanyut dari hulu untuk ke hilir sungai Perak. Keadaan tesebut telah menyebabkan jambatan asal Sultan Idris Shah II Di Bota musnah dan rebah hampir 77%. Hanya 300 kaki panjang saki baki jambatan yang masih berdiri teguh di tengah-tengah sungai.

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

Kerja-kerja merobohkan saki-baki jambatan lama yang masih utuh berdiri bermula dalam bulan Februari 1971. Pada tahun 1972, di lokasi yang sama dengan jambatan lama yang telah roboh, akhirnya perancangan untuk bangunkan jambatan baru yang dapat kita lihat hari ini telah dijalankan dengan rancangan kos pembangunan sebanyak $3.1 juta.

Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

Sumber dan rujukan:

  • Berita Harian 18 Jun 1968
  • Penyata Rasmi Parlimen - Parlimen Ketiga, Penggal Kedua 23 Ogos 1972 (m/s 3124)
  • Penyata Rasmi Parlimen - Parlimen Keempat, Penggal Pertama 23 Julai 1975 (m/s 1627 - 1628)

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.