OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Kerajaan Usahakan Pembenihan Awan di Utara Perak Susulan Paras Air Kritikal di Empangan Bukit Merah

14 Jul 2025 · 1 min baca · 1 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Kerajaan Usahakan Pembenihan Awan di Utara Perak Susulan Paras Air Kritikal di Empangan Bukit Merah Operasi pembenihan awan akan dijalankan di kawasan utara negeri ini bagi merangsang penghasilan hujan susulan penurunan kritikal paras air di Empangan Bukit Merah. Menteri Pertanian dan Keterjaminan M

Kerajaan Usahakan Pembenihan Awan di Utara Perak Susulan Paras Air Kritikal di Empangan Bukit Merah

Operasi pembenihan awan akan dijalankan di kawasan utara negeri ini bagi merangsang penghasilan hujan susulan penurunan kritikal paras air di Empangan Bukit Merah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah tersebut pernah dilaksanakan sebelum ini, namun penyelesaian jangka panjang memerlukan projek besar berkaitan pemindahan air.

"Dulu pun kita ada buat (pembenihan awan), tapi kita tahu soal takungan air sangat penting. Sebab itu, kita usahakan projek pemindahan air bernilai berbilion ringgit bagi mengatasi masalah air di Lembah Kerian dan selatan Seberang Prai," jelasnya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Clearfield MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi Felcra Berhad, Seberang Perak, di sini hari ini.

Mohamad turut memaklumkan bahawa projek besar penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, yang sebelum ini diumumkan Perdana Menteri, kini memasuki fasa pelaksanaan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Langkah ini diharap dapat menangani krisis bekalan air secara lebih lestari bagi memenuhi keperluan penduduk dan sektor pertanian di kawasan terjejas.

- Bernama

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.