OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Tokoh

Kenali Almarhum Raja Ashman Shah

09 Feb 2019 · 3 min baca · 19 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Almarhum Raja Ashman Shah adalah anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).

Kenalkah anda kepada Almarhum Raja Ashman Shah? Untuk makluman pembaca setia orangperak.com, Almarhum Raja Ashman Shah adalah anakanda ketiga kepada

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

.

Dalam artikel orangperak.com kali ini, kami akan kenalkan anda kepada Almarhum Raja Ashman Shah dengan lebih mendalam yang juga merupakan adinda kepada

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

. Almarhum Raja Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan telah mangkat pada 30 Mac 2012 yang lalu. Almarhum Raja Ashman adalah ahli keluarga Diraja Perak dan merupakan anak lelaki kedua buat

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

. Sebelum mangkat, Almarhum Raja Ashman juga adalah Raja Kechil Sulong negeri Perak yang menjadikannya waris keempat untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak.

Almarhum Raja Ashman Shah

Anak-anak

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

:

Almarhum Raja Ashman Shah

Untuk makluman pembaca setia orangperak.com, Almarhum Raja Ashman melanjutkan pendidikan peringkat sekolah menengah di St John Institution, Kuala Lumpur.

Almarhum Raja Ashman Shah

Almarhum juga memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari University of Nottingham, Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang dari Cambridge University dan Diploma dalam Undang-undang Perniagaan dari University of London, England. Mengikut jejak langkah dalam bidang ayahandanya, Almarhum Raja Ashman pula menjadi seorang peguam.

Almarhum Raja Ashman Shah

Selain dari itu, Almarhum Raja Ashman juga memegang beberapa jawatan profesional. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Almarhum juga adalah seorang Pengarah Eksekutif untuk syarikat Dreamland Holdings sejak dari tahun 1990, Pengerusi kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Haqqani Malaysia sejak tahun 1994, Pengerusi Dwitasik dan Pengarah untuk syarikat KKB Engineering Bhd.

Almarhum Raja Ashman Shah

Apa yang menariknya tentang Almarhum Raja Ashman ini, engku adalah salah seorang pengganti Syeikh Nazim di seluruh dunia. Tahukah anda pembaca setia orangperak.com tentang Syeikh Nazim? Syeikh Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshabandi adalah seorang imam yang membawa rahsia kewalian dan menghidupkan Tariqat Naqshbandi pada penghujung abad ke 20. Almarhum Raja Ashman pernah belajar dengan Syeikh Nazim dalam Tariqat Naqshbandi.

Almarhum Raja Ashman Shah

Almarhum Raja Ashman memainkan peranan sebagai wakil Syeikh Nazim di Malaysia dan Singapura. Engku juga dikenali sebagai Syeikh Raja dalam pemerintahan Sufi dan telah menubuhkan Zawiya Naqshbandi di Kuala Lumpur. Almarhum Raja Ashman amat dihormati dan disegani oleh orang ramai berkenaan dengan amalan dan minat yang mendalam terhadap ilmu agama Islam.

Almarhum Raja Ashman Shah

Almarhum Raja Ashman Shah dan isteri

Noraini Jane binti Kamarul Ariffin telah dinikahkan dengan Almarhum Raja Ashman pada 26 September 1991 di Kuala Kangsar. Isterinya adalah anak perempuan kepada Kamarul Ariffin bin Muhammad Yassin yang merupakan bekas Senator dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Galeri Seni Nasional. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang mana salah seorang darinya adalah lelaki dan dua darinya perempuan.

  • Raja Eminah Alliyah
  • Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Sulong sejak 6 September 2014)
  • Raja Bainunisa Safia

Almarhum Raja Ashman Shah

Isteri dan anak-anak Almarhum Raja Ashman Shah

Almarhum Raja Ashman Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012 lebih kurang jam 1:30 pagi kerana serangan asma di kediamannya pada waktu itu di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum Raja Ashman Shah kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar untuk disolat jenazah dan akhirnya dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan yang terletak di sebelah Masjid Ubudiah. Al-Fateha buat Almarhum Raja Ashman Shah.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.