OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Kapal Korek Pertama Malaysia Bermula Di Perak

15 Mar 2019 · 2 min baca · 14 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal korek baru yang terakhir dibina di Malaysia ialah pada tahun 1985. Untuk makluman anda, kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70 tahun usianya.

Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal korek baru yang terakhir dibina di Malaysia ialah pada tahun 1985. Untuk makluman anda, kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70 tahun usianya. Kapal korek tidak dibina sepertimana kapal laut atau bot besar dan hanya terapung diatas air dengan menggunakan beberapa buah pontun yang digabungkan menjadi satu ketika pemasangan. Keadaan air lombong tidak memungkinkan kapal korek untuk dipasang dengan bebaling seperti mana kapal di laut.

Pada awalnya, sistem rawatan pengasingan bijih timah dalam kapal korek menggunakan kaedah sluice box, tetapi kemudian iaitu sekitar tahun 60an dan keatas banyak kapal korek moden yang dibina di Malaysia menggunakan kaedah Circular Jigs yang lebih pantas dan efektif dalam mengasingkan bijih timah. Generasi awal kapal korek beroperasi menggunakan arang batu dengan bekuasa wap tetapi selepas era perang dunia kedua, sedikit demi sedikit kapal korek di Malaysia mula beroperasi menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Salah satu contohnya ialah kapal korek Tanjung Tualang 5 (TT5) yang dibina pada tahun 1938 telah menjalani naiktaraf dari enjin wap dengan menggunakan arang batu kepada elektrik sepenuhnya pada tahun 1963. Kapal korek lama memerlukan banyak tenaga kerja. Seramai 30 hingga 40 orang anak kapal diperlukan untuk setiap shif bergantung pada saiz kapal. Namun kapal korek moden yang dibina sekitar 70an hingga 80an hanya memerlukan sekitar 15 orang bagi setiap shif sekaligus mengurangkan beban kepada syarikat pengoperasi.

Kapal korek bergerak ke sekitar lombong menggunakan beberapa tali dari winch yang dipasang disetiap penjuru dan hadapan kapal korek yang mana tali-tali dari setiap winch akan ditambat di tepi tebing atau disauh anchored di dasar. Winch akan berpusing untuk menarik tali perlahan-lahan hingga kapal korek bergerak sedikit demi sedikit. Paling utama ialah tali dari bahagian muncung hadapan kapal, jika talinya tidak ditambat atau disauh ke dasar lombong maka akan menyebabkan kapal korek mundur ke belakang. Perkara ini disebabkan akibat tekanan yang terhasil dari sentuhan oleh baket ke dasar lombong ketika pengorekkan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.