● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Fakta

Jumlah MRSM Di Perak Paling Banyak Di Malaysia

18 Feb 2017 · 1 min baca · 365 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali dengan nama singkatan MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat pada tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.

Perak kini mempunyai 8 buah MRSM yang berdiri megah di bumi Perak. Dari utara hinggalah ke selatan negeri Perak, MRSM ada dibina di pekan-pekan kecil dan terletak jauh dari kawasan bandar. Dengan adanya MRSM di pekan-pekan kecil ini, ianya secara tidak lansung dapat membantu membangunkan ekonomi masyarakat setempat yang mana menjadi tumpuan setelah wujudnya MRSM di kawasan tersebut.

  1. MRSM Taiping dibuka pada tahun 1982
  2. MRSM Gerik dibuka pada tahun 1994
  3. MRSM Lenggong dibuka pada tahun 2001
  4. MRSM Pasir Salak dibuka pada tahun 2003
  5. MRSM Felda (Trolak) dibuka pada tahun 2008
  6. MRSM Pengkalan Hulu dibuka pada tahun 2008
  7. MRSM Parit dibuka pada tahun 2012
  8. MRSM Kuala Kangsar dibuka pada tahun 2015
  9. MRSM Bagan Datuk akan datang

Dari 52 buah MRSM yang ada di Malaysia, 8 daripadanya adalah jumlah Maktab Rendah Sains Mara yang sudah beroperasi di serata Negeri Perak dan 1 lagi MRSM yang bakal dibuka di Bagan Datuk mungkin tidak lama lagi. Mungkin ada dikalangan pembaca disini yang pernah belajar di salah satu MRSM yang disenaraikan diatas, apa kata anda kongsikan pengalaman anda semasa belajar di Maktab tersebut.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.