OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Hospital Seri Iskandar Buka Dewan Bedah, Lengkapkan Perkhidmatan Kesihatan Wilayah

11 Sep 2025 · 1 min baca · 21 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Hospital Seri Iskandar Buka Dewan Bedah, Lengkapkan Perkhidmatan Kesihatan Wilayah Hospital Seri Iskandar (HSI) merakamkan detik bersejarah dengan pembukaan rasmi perkhidmatan Dewan Bedahnya yang baharu pada hari ini. Peristiwa bermakna ini langsung diserikan dengan kejayaan pelaksanaan kes ortopedi

Hospital Seri Iskandar Buka Dewan Bedah, Lengkapkan Perkhidmatan Kesihatan Wilayah

Hospital Seri Iskandar (HSI) merakamkan detik bersejarah dengan pembukaan rasmi perkhidmatan Dewan Bedahnya yang baharu pada hari ini. Peristiwa bermakna ini langsung diserikan dengan kejayaan pelaksanaan kes ortopedik pertama, menandakan bermulanya era baharu perubatan khusus untuk masyarakat setempat.

Prosedur pertama itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Dr. Hishamuddin Din, Pakar Ortopedik & Traumatologi, serta JT Norhayati dari Hospital Seri Manjung, yang juga merupakan Lead Hospital Kluster Manjung.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan dedikasi seluruh warga HSI. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan ditujukan kepada semua barisan hadapan Hospital Seri Iskandar terutama Pengarah Hospital Dr. Ngo Siok Yung, Pegawai Perubatan Kanan Dr. Iriene, Matron Norlida, serta seluruh tenaga kerja termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan, dan staf sokongan yang menjayakan detik bersejarah ini.

Turut dirakamkan terima kasih kepada Hospital Batu Gajah atas sokongan dan perkongsian pengalaman berharga.

Dengan pembukaan dewan bedah ini, ia diharap dapat membuka lembaran baru dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan, sekaligus memberi harapan dan manfaat besar kepada komuniti Seri Iskandar dan Perak Tengah.

Tahniah diucapkan kepada warga Hospital Seri Iskandar!

Sumber berita dan gambar daripada Perak Press

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.