OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Fakta Tentang Tugu Pahlawan Perak Di Pasir Salak

29 Mar 2017 · 1 min baca · 3 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Monumen ini dibina dengan betuk sebagai replika sebilah sundang yang berlatar belakangkan bunga kelompang.

Perjuangan orang-orang melayu sejak pada tahun 1875 menentang pihak British telah diabadikan pada sebuah monumen yang merupakan tugu berbentuk parang panjang. Monumen tersebut dikenali sebagai nama Tugu Pahlawan Perak dan ianya terletak di Kompleks Sejarah Pasir Salak di daerah Perak Tengah.

Untuk pengetahuan anda, Tugu Pahlawan Perak yang menjadi mercu tanda di Kompleks Sejarah Pasir Salak itu sebenarnya dibina pada tahun 1990. Ianya dibina dalam pembinaan fasa pertama buat Kompleks Sejarah Pasir Salak. Raja Muda yang pada ketika itu

Raja Nazrin

(kini sultan Perak yang ke 35) telah merasmikan monumen tersebut pada 26 Mei 1990.

tugu pahlawan perak di pasir salak

Monumen ini dibina dengan betuk sebagai replika sebilah sundang yang berlatar belakangkan bunga kelompang. Bunga Kelompang adalah bungan rasmi negeri Perak pada satu ketika dahulu. Tugu Pahlawan Perak ini adalah melambangkan kepahlawanan pejuang Melayu pada satu ketika dahulu iaitu

Dato' Maharajalela

, Dato's Sagor, Pandak Indut dan ramai lagi yang terlibat dalam mengorbankan

J.W.W. Birch yang mana memegang jawatan sebagai Residen British yang pertama di Perak

.

tugu pahlawan perak di pasir salak

Sundang yang seakan parang dan pedang ini sebenarnya adalah satu ikon yang melambangkan ia adalah senjata yang pernah digunakan oleh pejuang-pejuang Perak yang dikatakan sebelum ini dalam menentang pihak British. Apa yang menguatkan lagi pemilihan kenapa Sundang menjadi mercu tanda adalah kerana dikatakan Sundanglah yang menjadi senjata yang telah menamatkan riwayat

residen pertama British di negeri Perak

.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.