OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Dahulu Nama Pulau Pangkor Digeruni Sebagai Pusat Buangan Pesakit Kusta

11 Jan 2019 · 2 min baca · 10 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Sesiapa sahaja yang dengar dengan nama Pulau Pangkor pasti akan rasa gerun kerana pulau tersebut selalu dikaitkan dengan istilah buang ke Pangkor.

Pulau Pangkor cukup bersejarah dalam sejarah negeri Perak. Mana tidaknya, pulau tersebut menjadi saksi beberapa peristiwa penting yang mengubah corak ekonomi dan pemerintahan negeri Perak. Salah satunya yang amat popular sepertimana yang kita tahu adalah perjanjian Pangkor.

Sewaktu zaman pemerintahan British dalam lingkungan sebelum tahun 1934 dahulu, sesiapa sahaja yang dengar dengan nama Pulau Pangkor pasti akan rasa gerun kerana pulau tersebut selalu dikaitkan dengan istilah "buang ke Pangkor" yang amat popular dan hangat oleh penduduk di negeri Perak pada zaman itu. Kisahnya pada waktu itu adalah Pulau Pangkor ini dikatakan sebagai tempat dan lokasi untuk memulaukan mereka yang didapati menghidap penyakit kusta. Seperti kita semua sudah sedia maklum, penyakit kusta ini adalah penyakit yang amat ditakuti dan amat bahaya buat manusia. Tidak seperti hari ini, dahulunya penyakit kusta ini tidak dapat diubati. Pesakit yang menghidap penyakit kusta ini akan disingkir dan diasingkan dari mereka yang sihat untuk mengelakkan jangkitan dan merebaknya penyakit kusta. Mereka yang menghidap penyakit kusta ini akan diletakkan di satu penempatan khas di Pulau Pangkor.

Dahulu Nama Pulau Pangkor Digeruni Sebagai Pusat Buangan Pesakit Kusta

Realitinya hari ini yang kita dapat lihat, Pulau Pangkor tidak lagi keadaannya seperti yang diceritakan. Pulau Pangkor yang dapat kita lihat hari ini telah berubah wajah sama sekali. Ianya menjadi satu pusat pelancongan dan tumpuan para pelancongan yang bukan sahaja datang dari dalam negara, malah dari luar negara juga.

Dahulu Nama Pulau Pangkor Digeruni Sebagai Pusat Buangan Pesakit Kusta

Lokasi spesifiknya adalah di Pulau Pangkor Laut, kredit kepada Irwan Al Jenderami

Pulau Pangkor tidak terkecuali menjadi satu kebanggaan rakyat negeri Perak dan aset penting buat negeri Perak yang mana sejak dahulu sehingga ke hari ini, Pulau Pangkor sentiasa sibuk dan tidak putus-putus dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan pelancongan. Namun hakikatnya hari ini, penyakit kusta amat mudah untuk dirawat dengan menggunakan rawatan terapi. Dengan hasil kajian saintis dari merata pelusuk dunia, pelbagai antibiotik dan ubatan telah berjaya dihasilkan untuk merawat penyakit kusta. Sumber dan rujukan

  • Berita Harian 31 January 1959

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.