OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Antologi Si Buta Huruf Jadi Pengetua Di Kerian

07 Aug 2017 · 1 min baca · 12 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Si Buta Huruf Jadi Pengetua merupakan sebuah karya antologi yang berkisar tentang kisah hidup 17 pengetua dan pemimpin pendidikan di daerah Kerian, Parit Buntar, Perak. Buku ini dilancarkan bagi mengabadikan segala pengalaman hidup mereka sebagai seorang guru.

‘Si Buta Huruf Jadi Pengetua’ merupakan sebuah karya antologi yang berkisar tentang kisah hidup 17 pengetua dan pemimpin pendidikan di daerah Kerian, Parit Buntar, Perak. Buku ini dilancarkan bagi mengabadikan segala pengalaman hidup mereka sebagai seorang guru.

Mohd Saad Hashim selaku Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) daerah Kerian mengatakan bahawa buku itu merupakan sebuah idea pihak mereka bagi menyelami hati budi dan pahit manis kehidupan seorang manusia yang bermula sebagai seorang guru biasa sehingga berjaya menjawat jawatan tertinggi di sekolah iaitu sebagai seorang pengetua.

Menurut Mohd Saad Hashim, dari himpunan hasil karya para pengetua dan pemimpin pendidikan maka terciptalah buku ‘Si Buta Huruf Menjadi Pengetua' yang memuatkan 17 kisah pengalaman mereka seawal menjawat jawatan guru sehinggalah ke era persaraan. Kesemua cerita-cerita dimuatkan dalam karya ini adalah kisah benar yang dilalui oleh setiap penulis, cuma penyampaian cerita diterjemahkan semula dalam bentuk naratif supaya pembaca tidak bosan.

Mohd Saad Hashim turut menyatakan bahawa melalui buku ini, banyak pengajaran yang boleh diambil oleh para guru, pelajar dan pemimpin pendidikan untuk lebih menghargai amanah yang diberikan kepada mereka melalui isu-isu menarik dipaparkan. Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran karya antologi ‘Si Buta Huruf Jadi Pengetua’ peringkat daerah Kerian.

Mohd Saad juga memaklumkan pihaknya mengambil masa lebih kurang selama enam bulan untuk menyiapkan karya buku itu dan sebanyak 1,000 naskhah telah dicetak bagi diedarkan ke seluruh negara. Dengan harga mampu milik, senaskhah hanya berharga RM15 sahaja. Mana-mana individu yang berminat boleh mendapatkan buku tersebut melalui Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Kerian atau dari pihak MPSM daerah Kerian sendiri.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.