OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Anak Muda Jujur Dari Kuala Kangsar, Pulang Wang Jumpa

28 Nov 2017 · 1 min baca · 12 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Terbaru, seorang anak muda bernama, Muhammad Nazmin Nazri turut melakukan perkara sama dengan memulangkan wang berjumlah RM1,136 yang dijumpainya di mesin deposit sebuah bank.

September lepas, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford dipuji kerana memulangkan wang berjumlah RM1,450 di sebuah bank kepada polis.

Terbaru, seorang anak muda bernama, Muhammad Nazmin Nazri turut melakukan perkara sama dengan memulangkan wang berjumlah RM1,136 yang dijumpainya di mesin deposit sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Balai Kuala Kangsar, Sarjan Mejar Ariffin Harun bertanggungjawab menyerahkan wang tersebut kepada pihak bank, baru-baru ini.

Anak Muda Jujur Dari Kuala Kangsar, Pulang Wang Jumpa

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, lelaki itu menemui wang tersebut di dalam mesin deposit wang ketika berurusan di bank. Polis daerah Kuala Kangsar mengucapkan penghargaan kepada Muhammad Nazmin Nazri atas kemuliaan peribadinya memulangkan wang tersebut,” katanya.

Anak Muda Jujur Dari Kuala Kangsar, Pulang Wang Jumpa

Kejujuran penduduk Kuala Kangsar memulangkan wang dijumpai bukanlah pertama kali berlaku kerana dua tahun lepas, seorang lelaki pernah memulangkan wang berjumlah RM5,000 dijumpainya kepada polis.

Sumber : sinarharian

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.