Ustaz Kazim Elias, Ustaz Yang Paling Digemari Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (UKE) dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau Perak pada 28 November 1972. Beliau adalah merupakan anak yang ke 7 daripada 9 adik beradik. Ibunya bernama Nazirah Binti Ismail yang merupakan seorang guru agama Islam di sekolah di Batu Kurau pada satu ketika dahulu dan bapanya juga adalah seorang guru agama Islam dan telah meninggal dunia ketika Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias masih berusia 8 bulan.

    Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datuk dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau pada sekitar awal tahun 1900. Maka tidak hairanlah Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias menerima didikan agama dengan secukupnya serta mewarisi ilmu yang diterapkan dalam keluarga mereka. Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias mndapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak yang terletak di Batu Kurau, Perak.

    Ustaz Kazim Elias

    Apabila ibunya ditukarkan lokasi untuk berkhidmat di Sungkai, beliau kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seri Besout di Felda Gunung Besout 1. Pada peringkat menengah pula, beliau telah menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1. Disinilah beliau mula menunjukkan ciri-ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar secara tidak lansung juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama dengan lebih mendalam melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah.

    Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah yang ada di Batu Kurau dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran dan Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran. Begitulah kegigihan beliau dalam mencari ilmu untuk memantapkan diri dengan agama Islam.

    Ustaz Kazim Elias

    Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran dan Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru sambilan di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah di Malim Nawar pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula mendapat pendedahan awal dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga.

    Walaupun pada ketika itu usianya boleh dikatakan masih muda, namun pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu serta masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.

    Ustaz Kazim Elias

    Kini, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dikenali ramai bukan sahaja dalam negeri Perak, malah diseluruh Malaysia. Oleh kerana pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim semasa dalam ceramahnya, beliau dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai lapisan umur tidak kira muda dan juga yang sudah berumur. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.