OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang --:--:--
Subuh
05:59
Syuruk
07:04
Zohor
13:12
Asar
16:18
Maghrib
19:15
Isyak
20:24
Fakta

Undang Undang 99 Perak Dari Parsi Yang Anda Tidak Tahu

10 Mar 2017 · 2 min baca · 107 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Undang-Undang 99 Perak berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 16 oleh

Syed Husain Al Faradz Jamalullail

dari Hadramaut di Yaman. Undang-undang ini dibina bagi menetapkan kesalahan dan hukuman untuk 99 kelakuan pesalah.

Diceritakan dalam bentuk dialog oleh orang-orang lama, pengalaman undang-undang 99 Perak adalah lebih dipengaruhi oleh adat tempatan berbanding dengan unsur agama Islam. Undang-undang 99 Perak ini dilihat sebagai melebihkan pengaruh adat berbanding dengan unsur agama Islam. Fasal 77 dalam undang-undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, yang kecil akan mewarisi. Undang-Undang 99 Perak menunjukkan lebih kepada pengaruh adat kerana mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah.

bunuh

Selain daripada itu, dalam bidang jenayah juga undang-undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur agama Islam. Situasi ini boleh dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang islam mengikut dalam fasal 23. Dikatakan, orang Islam yang membunuh orang Islam lain tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya si pembunuh hanya akan dikatakan menjadi kafir sahaja. Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh hukum islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh juga. Maklumat selanjutnya berkenaan dengan pengurusan kekeluargaan seperti perkahwinan, pembahagian harta dan berzina. Soal berzina terdapat dalam Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan. Mengikut undang-undang ini, jika kedua-kedua penzina mengakuinya, mereka hanya akan diperintah bernikah dan membayar denda sahaja. Pernyataan sebegini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang-undang ini lebih kepada adat tempatan daripada unsur agama Islam.

nikah

Dalam soal perkahwinan dan rumah tangga pula ada terdapat dalam fasal 65 undang-undang 99 Perak yang memberitahu bahawa pasangan yang baru bernikah tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari kerana untuk menjaga keimanan masing-masing. Anda bolehkah ikut undang-undang ini? Pelik iye tak? Tetapi mengikut agama Islam, selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan, maka halal bagi mereka untuk bersama. Dan yang terakhir sekali, iaitu peraturan dan adat istiadat. Ia berkenaan dengan adat semasa menghadap, memilih dan melantik raja. Contohnya seperti protokol semasa berada di dalam istana. Hukuman yang terdapat dalam undang-undang 99 Perak didapati beberapa aspek seperti pembunuhan, penzinaan, pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum agama Islam. Namun untuk makluman anda, undang-undang ini sudah tidak lagi digunakan dan perkara ini hanya untuk pengetahuan anda tentang sejarah di Perak sahaja.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.