OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 Tahun

14 Apr 2025 · 1 min baca · 16 ·Oleh Iskandar Zulqarnain
Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 Tahun KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Negara berduka atas pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Berita menyayat hati itu di

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 Tahun

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Negara berduka atas pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Berita menyayat hati itu disahkan oleh bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantunya, melalui satu hantaran di media sosial.

Tun Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai "Pak Lah", meninggalkan legasi besar dalam pentadbiran negara sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 2003 hingga 2009. Pemergian beliau pastinya dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinannya.

Latar belakang kesihatan Allahyarham dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini, namun ketabahan dan senyumannya tetap dikenang oleh mereka yang rapat dengannya.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Negara esok untuk disempurnakan solat jenazah sebelum dikebumikan. Maklumat lanjut mengenai upacara pengebumian akan dikongsi oleh pihak keluarga tidak lama lagi.

Orang Perak mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Badawi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah taala.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.