● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Tiga Daerah Di Negeri Perak Catat Suhu Tinggi Selama Tiga Hari Berturut-turut

03 Jun 2025 · 1 min baca · 144 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Tiga Daerah Di Negeri Perak Catat Suhu Tinggi Selama Tiga Hari Berturut-turut

Sebanyak enam daerah di tiga negeri Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selepas mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat termasuk tiga daerah di Perak (Larut, Matang & Selama, Kuala Kangsar, dan Perak Tengah), dua daerah di Kelantan (Machang dan Kuala Krai), serta satu daerah di Kedah (Bandar Baharu).

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, suhu harian dilaporkan masih berada di bawah paras 35 darjah Celsius, menunjukkan keadaan cuaca yang lebih stabil berbanding di Semenanjung.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca panas dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti minum air secukupnya serta mengelak aktiviti luar pada waktu puncak panas.

Maklumat terkini mengenai status cuaca panas boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.