Tentang Usop Wilcha Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Syed Mohamad Asri atau peminat lebih mengenali sebagai Usop Wilcha atau Shy8 meraih populariti sebagai seorang yang memegang watak orang Perak paling pekat loghatnya dalam bidang lakonan dan merupakan antara seorang pelakon berbakat di Malaysia. Usop Wilcha dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan sering kali membintangi filem arahan pengarah Mamat Khalid. Semua orang tahu, Usop Wilcha adalah seorang yang bercakap dalam loghat perak dan berkerusi roda. Untuk makluman anda, nama WilCha diambil dari Wheel Chair iaitu kerusi roda.

Tahukah anda bahawa Usop Wilcha pada asalnya adalah seorang penyanyi dan bukannya pelakon? Beliau memulakan langkah sebagai orang seni dengan menjadi penyanyi dengan melahirkan album sulung yang bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri dan mempunyai 10 buah lagu edaran syarikat Ambang Klasik pada tahun 1996. Langkah beliau dalam bidang nyanyian kurang mendapat sambutan dan hanya bertahan kurang daripada setahun.

Selepas gagal dalam bidang nyanyian, beliau cuba menceburkan diri ke dalam bidang lakonan pula dan akhirnya berjaya mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan dalam beberapa siri drama. Setelah sekian lama, perkenalan beliau dengan pengarah Mamat Khalid membawa lembaran baru buat Usop Wilcha kerana beliau berjaya mendapat tawaran berlakon beberapa drama arahan Mamat Khalid. Untuk makluman anda, beliau juga merupakan bapa saudara kepada seorang pelakon iaitu Scha Al-Yahya.

Scha Al-Yahya

Nama Usop Wilcha mula naik apabila beliau memegang watak sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dan selepas itu, karier lakonan beliau semakin cerah selepas mendapat beberapa tawaran lakonan untuk filem lain yang juga memainkan watak yang bernama Usop dalam Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan sebagainya. Pada pertengahan 2011, beliau mendapat tawaran sebagai penyampai radio untuk Hot FM.

usop wilcha

Kini, beliau telah menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya bersama keluarga dan masih meneruskan kerja-kerja beliau dan meneruskan pengambaran filem bersama Mamat Khalid sehingga ke hari ini.

Terima kasih kepada Syed Mohamad Asri kerana secara tidak lansung menaikkan nama Perak ke seluruh Malaysia dengan lakonan dengan loghat Perak yang bersahaja.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here