● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Tokoh

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

16 Jan 2018 · 2 min baca · 324 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kumpulan Senario telah ditubuhkan pada tahun 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1994 yang mana pada tahun itu,

Shamsul Ghau Ghau

telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.

Berbalik kepada penceritaan yang ingin disampaikan kali ini, ia berkenaan dengan salah seorang ahli senario yang bernama Illya Buang Shaharum. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Illya Buang Shaharum dilahirkan pada 15 November 1967 di Tanjung Rambutan, Perak. Beliau yang lebih dikenali sebagai Illya atau Pak Ya merupakan salah seorang pelawak Malaysia yang juga lahir dari program realiti TV3 iaitu Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1995 bersama kumpulan Serba Salah yang dianggotai Wahid Senario dan Hamdan Ramli.

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

Sebelum terkenal di dunia seni, Illya bekerja sebagai artis kebudayaan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Oleh kerana azam dan minat yang mendalam untuk menjadi seorang artis tanah air, Illya Buang mencuba nasib dengan masuk ke pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan. Setelah menjuarai pertandingan tersebut, llya Buang Shaharum turut menganggotai kumpulan Senario yang ditubuhkan pada tahun 1996. Namun pada tahun 1998, Illya bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut.

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

Pada tahun 2002 llya Buang bersama-sama dengan Hamdan Ramli dan Yassin Yahya telah menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo. Illya bersama rakan baiknya iaitu Hamdan telah menubuhkan sebuah kumpulan bernama Hiro yang turut dianggotai oleh Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011.

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

Pada tahun 2014, beliau mula menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 dan pada tahun 2016, Illya Buang kembali bersama dengan kumpulan Senario. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ada satu perkara yang mungkin anda tidak tahu berkenaan dengan Illya Buang Senario ini.

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

Illya Senario bersama kembarnya

Ramai yang tak tahu bahawa Illya Senario ada kembar seiras bernama Yang Sharkawi yang pernah bekerja sebagai seorang guru di sekitar Perak. Maklumat terakhir menyatakan bahawa sekarang beliau bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah di Taiping sekitar tahun 2017.

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu

Terima kasih kepada abang Illya dan ahli-ahli senario yang lain. Sesungguhnya kami semua membesar dengan hiburan daripada anda semua yang mana pada waktu itu tiada hiburan lain selain peti televisyen sahaja untuk mengelak bosan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.