Taiping, Bandar Mesra Usia Pertama di Asia Tenggara

Bandar Taiping sekali lagi melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya Bandar Mesra Usia di Asia Tenggara yang pertama selepas dianugerahkan sebagai bandar ketiga dari 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia.

Borhan Abdul Halim selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berkata bahawa penarafan tersebut bakal menjadikan Bandar Taiping sebagai bandar yang dihiasi dengan persekitaran mesra kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya sekali gus akan bakal meningkatkan jumlah pelaburan di Bandar Taiping.

Tambah Borhan Abdul Halim lagi, penarafan ini akan disempurnakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setelah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjaya melaksanakan pelbagai kriteria penting yang telah digariskan oleh pertubuhan tersebut bagi mencapai taraf bandar mesra usia dalam tempoh lima tahun.

Taiping, Bandar Mesra Usia Pertama di Asia Tenggara

Sebanyak lebih RM1 juta telah dibelanjakan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk proses kajian sejak dua tahun yang lalu menerusi geran daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDPP).

Taiping, Bandar Mesra Usia Pertama di Asia Tenggara

Penarafan ini bukan sahaja bakal buatkan Bandar Taiping dikenali di mata dunia, malah bandar ini akan turut diiktiraf sebagai bandar orang pencen yang dapat menarik golongan pesara untuk menetap di bandar ini sekali gus menarik pelabur luar.

Taiping, Bandar Mesra Usia Pertama di Asia Tenggara

Majlis pelancaran penarafan Bandar Mesra Usia ini akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada tarikh 30 September 2019 di sebuah hotel yang akan dipilih di Taiping.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here