Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

Sultan Deli adalah merupakan pemerintah utama Kesultanan Deli di kawasan Sumatera Utara, Indonesia. Gelaran untuk pemerintah Sultan Deli ini adalah digelar dengan gelaran Sri Paduka Tuanku Sultan. Jikalau seseorang baginda Sultan Deli mangkat, takhta Sultan pemerintah akan digantikan oleh anaknya yang mana ia nyata berbeza dengan negeri Perak.

Namun, kesultanan Deli cukup sinonim dengan keturunan kesultanan negeri Perak pada satu ketika dahulu yang mana susur galurnya berkait rapat dengan keturunan Almarhum Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26) yang memerintah negeri Perak pada tahun 1874 sehingga tahun 1877.

Kisahnya bermula pada hari Isnin bertarikh 3 Julai 1893 tepat jam 10 pagi. Pada waktu tersebut, telah berlakunya upacara adat kanun diraja buat kerabat kesultanan Deli. Waktu itu, Tengku Amaluddin naik keatas pelaminan setinggi 7 tingkat di balairong Istana Maimoon.

Kemudian 12 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda rasminya gelaran Tengku Besar dari Ayahandanya Sultan Deli waktu itu sewaktu Tengku Amaluddin berusia 16 tahun. Selepas 6 tahun menjelang, Almarhum Sultan Ma’moen Al Rasyid (Sultan Deli ke 9) telah berhasrat untuk menikahkan anakandanya iaitu Tengku Besar.

Pada ketika Tengku Amaluddin mencapai usia 12 tahun, maka bernikahlah Tengku Amaluddin dengan anakanda kepada Almarhum Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26) yang bernama Tengku Maheran. Majlis perkahwinan disambut dengan keraian yang cukup meriah bersama rakyat di Deli.

Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

Tengku Maheran

Pesta keramaian telah berlangsung selama 40 hari. Anakanda kepada Almarhum Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26) kemudian digelar sebagai Tengku Mahsuri Negeri Deli. Pada tahun 1900, Sultan Ma’moen Al Rasyid (Sultan Deli ke 9) telah menyerahkan semua tugas-tugas negeri kepada Tengku Amaluddin.

Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

Almarhum Sultan Ma’moen Al Rasyid (Sultan Deli ke 9)

Tarikh keramat 20 Ogos 1900, Tengku Mahsuri telah melahirkan seorang putera yang diberi nama Tengku Osman Al Sani Perkasa Alamsyah. Ketika usia Tengku Osman mencapai 7 bulan 26 hari, pada malam selasa bertarikh 16 April 1901, Tengku Mahsuri telah kembali ke Rahmatullah pada ketika usia yang cukup muda yang mana pada ketika itu berusia 21 tahun.

Jenazah Tengku Mahsuri telah dibawa dengan kereta api ke Masjid Al-Osmani yang terletak di Pekan Labuhan, Utara Sumatera untuk dikebumikan disana. Dihari kemangkatan Almarhum Sultan Ma’moen Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada 11 September 1924, sebelum Jenazah Ayahandanya itu turun dari Istana dimasyhurkanlah Tengku Besar itu menjadi Sultan Negeri Deli dengan gelar Tuanku Sultan Amaluddin Sani Perkasa Alamsyah.

Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

Almarhum Sultan Amaluddin Al Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 10)

Ketika usia Tengku Osman mencapai 25 tahun, ayahandanya Sultan Amaluddin Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 10) telah berhasrat untuk kahwinkan anakandanya itu. Maka pada tarikh 7 Mei 1925, bernikahlah seorang anak gahara antara Tengku Osman dengan Raja Aminah yang merupakan puteri kepada Sir Raja Chulan, Raja Di-Hilir Negeri Perak.

Pernikahan itu berlangsung dengan cukup meriah dan diraikan oleh dua buah kerajaan iaitu di Deli dan di Perak. Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Amaluddin Al Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 10), Tengku Osman adalah anakanda sulung yang memegang takhta warisan untuk kerajaan Deli. Dengan itu, bermulalah era pemerintahan cucu Sultan Perak di Deli oleh Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 11) dalam tahun 1945.

Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

Almarhum Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 11) bersama puteri Sir Raja Chulan dari Perak

Maka, yang menjadi Sultan Deli ke 11 adalah merupakan anakanda kepada Tengku Maheran dan juga merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26) bersama dengan isteri kedua baginda almarhum bernama Inche’ Rahsiah Busu yang meninggal dunia pada 29 Mac 1891 sewaktu dibuang negeri di Seychelles.

Permaisuri Almarhum Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah (Sultan Deli ke 11) juga adalah merupakan kerabat diraja negeri Perak. Sehingga ke hari ini, pemerintahan kerajaan negeri Deli diteruskan oleh waris-waris yang mana mereka adalah susur atur dari kerabat diraja negeri Perak.

Leave a Comment