OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

02 Feb 2020 · 1 min baca · 31 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Telah menaiki takhta negeri Perak dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Shah dan telah bersemayam di tepi sungai dalam kawasan yang kini dikenali dengan nama Bota Kanan.

Dalam tahum 1594, setelah Sultan Tajul Ariffin mangkat dengan gelaran Marhum Mangkat di Tebing, Raja Ali yang merupakan cucu kepada almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 5.

Baginda telah menaiki takhta negeri Perak dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5) dan telah bersemayam di tepi sungai di kawasan yang kini dikenali dengan nama Bota Kanan. Sultan Alauddin Shah telah memerintah negeri Perak kira-kira selama sembilan tahun sejak dari tahun 1594 sehingga tahun 1603 dan baginda digelar sebagai Marhum Mangkat di Darat. Pusat pemerintah baginda Almarhum Sultan Alauddin Shah terletak di Bota dan sewaktu dalam pemerintahan baginda, Acheh masih lagi menempatkan beberapa Orang-orang Besar Acheh untuk mengawasi dan mentadbirkan Negeri Perak.

Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

Baginda Sultan Alauddin mangkat dalam tahun 1603 dan bergelar Marhum Mangkat Di Darat. Asalnya, baginda dimakamkan di tepi Sungai Perak di hujung Pulau Bota. Oleh kerana makam tersebut hampir rebah ke dalam sungai, maka makam Sultan Alauddin Shah telah dipindahkan ke belakang dertan kedai di pekan Bota Kanan.

Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

Lokasi makam baginda almarhum Sultan Alauddin Shah terletak di dalam pekan Bota Kanan dan berdekatan dengan makam Almarhum Sultan Ahmaddin Shah (Sultan Perak ke 18).

Tidak banyak maklumat yang boleh didapati berkenaan dengan Almarhum Sultan Alauddin Shah sewaktu zaman pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak ke 5 kerana kekurangan bahan dokumentasi yang boleh dirujuk.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.